Assalamualaikum...
SEHARI sebelum ke Sedili, Sk siapkan Cheese Tart untuk dibawa ke sana. Crustnya dah beli dua tiga minggu sudah, tapi asyik tertunda jer nak membuatnya. Beli crust tu pun, bukan plan nak bawa ke Sedili, saja la beli untuk makan adik beradik. Jadi, bila nak ke Sedili ni, paksa diri la buat, kena bawa jugak sebab tu aje masa yang ada untuk berkumpul ramai-ramai setakat ni.
Tambahan lagi, semua bahan masih ada termasuklah milk compound ni. Mula ingatkan nak buat tiga empat jenis perisa tapi mambang rajin tak maghi la pulak. Nak cairkan coklat pun tak berapa rajin, Sk terus masukkan sebiji-sebiji coin coklat tu dalam crust. Memang best la guna crust bentuk mangkuk macam ni, hihi.
Dah siap masuk semua, buat separuh crust dulu sebab takut cream cheese tak cukup. Sk beli 500 gram aje yang dalam bunjut tu, dah doploh hengget. Mahai sungguh harga cheese sekarang ni ek. Zaman Sk bakers dulu pun dah mahal sangat rasa.
Siap putar cream cheese. Yang nak resepi boleh tengok pada side bar belah kiri atau scroll ke bawah nanti jumpalah resepi pujaan ramai, sehari mencecah 16K PV, huhuhu. Kisah sedih lepas siap putar cream cheese, cari piping bag tak jumpa padahal hari tu rasanya kemas simpan dalam laci kabinet dapur. Tapi, puas cari tak jumpa, habis semua kabinet Sk cari. Ehhhhhh.. dia boleh main semunyik-semunyik pulak ya.
Sudahnya, terpaksalah menyudu sampai habis. Nasib baiklah bukan beratus-ratus. Kalau tak, mahu menangis tepi dapur. Pasal malas tadi, memang semuanya Sk letak coin coklat aje di dasar crust.
Suap yang panas suam ni sebiji dalam mulut, wallawehhhhhh... dengan rasa cheese, crust biscoff dan coklat yang sedang mencair... terus masuk lagi beberapa biji dalam mulut tanpa segan silu. Nak makan sendiri kan, bukan ada orang punya jadi tak payah nak berkira-kira cukup tak cukup untuk jual, hahaha.
Memang sengaja letak cheese penuh menggebu sebab nak dapat banyak. Memang dapat banyak, 117 biji, hahaha.. puas makan. Lagi satu, nak letak topping blueberry tu ala-ala kek blueberry, hihihi. Buat dua topping jer, nak buat topping biscoff, pun malas. Alahai, malas manjang ko ni Sk. Apalah nak jadik???
😝
Wah! 117! Bayak tu!
ReplyDeleteni kira dah rajin ni kak oiii....
ReplyDeletehahaha klu saya mmg order aje :D
Ishhh nak buat tempahan laa Kak, boleh takkk.. nanti majlis Yana hehehehe
ReplyDeleteMalas malas pun menjadi juga, SK.
ReplyDeletePH ni kalau malas mmg tak jadilah haha...
Uiiii..cheese tart pojaan hati kanda ni...
ReplyDeleteAntara yang belum pernah saya buat sendiri dan sentiasa dalam anganku..hihihi