Assalamualaikum...
SEMENJAK Dua ni ni, kerap sungguh berulang alik ke Bandar Seri Alam melayan perasaan, hahaha.
Kali ni, kami ke Cafe Grumpy Goat & Friends yang terletak bersebelahan The J. Sebenarnya Pak Inche nak makan capati di The J, tapi macam bosan la pulak, jadinya kita pergi sebelahnya aje, hehehe.
Daily Special tapi macam tak berapa nak makan yang berat-berat sebab dah dua kali makan berat hari tu (eleh, macam tak biasa ek). Iman jer kata nak makan spaghetti tapi bukan menu spaghetti dalam gambar ni la.
Belek-belek buku resepi dulu. Kemahen tebal buku sebab setiap muka surat tu ada satu dua menu bergambar. Boleh buat pesanan secara manual atau imbas QR code yang diletakkan di atas meja yang mana boleh terus bayar online.
Remaja purba macam Sk, memang suka la tempat-tempat macam ni. Dari bentuk bangunan, dinding, lampu, meja, kaunter, semuaaaaaa lawo dan rare termasuk pintu tandas, hehehe.
Kita ajak duduk di sofa belakang tu, nampak cozy kan, tapi remaja purbakala kata sakit pinggang nanti.
Suruh snap gambar, kemahen banyak dia picit, mementang la tak guna kodak.
Hot Cappucino untuk Pak Inche.. holoh holoh.. omey angat cawan.
Dah jadi isteri/ mak ni, kalau kita ada tiga anak, sebenarnya ada empat. Bapaknya yang busuk eh bongsu.
Seafood Tomyam Spaghetti untuk Iman. Pinggannya mungkum ke dalam, spaghettinya membukit. Sos tomyam yang creamy, sedikit pedas dengan taburan delima merkah. Sedap tak terkata.
Rose Latte untuk Sk tapi kenapakahhhhh art-nya nampak macam sarang spider? Patutnya ada kelopak bunga ros kecik-kecik tu kan.. kecewa.. hampa..
Mereka beri sky juice yang akan sentiasa diisi semula bila tinggal separuh. Bagus untuk mereka yang tak minum manis, tak payah pesan dah dapat percuma.
Sweet potato cicah dengan cheese. Sedap sangat potato ni, dulu pernah makan di Gokako. Tapi, Gokako pun dah tutup.
Sk pesan dessert jer, tertarik dengan namanya Rihana. Ianya waffle yang rangup dan berkelopak, cantik sangat tapi strawberrynya muda dan masam.
Kalau anda nak datang makan santai-santai, borak-borak dan perut pun tak berapa nak lapar, bolehlah ke sini sebab makanannya boleh tahan lambat jugak la sampai ke meja. Cuma spaghetti dan kopi jer sampai cepat, tapi sebab dia nak tunggu semuanya hantar ke meja, spaghetti dan kopi pun dah sejuk.
Lama giler tunggu Folded Lamb untuk Pak Inche ni. Nasib baik la dia masih kenyang makan Nasi Ayam kalau tak, mahu jadi amukan 😜. Punyalah tak sabar nak makan, melocot bibir, panas-panas baru keluar oven, adeh.
Ada beberapa ruang kitchen di dalam dan di luar. Yang di sebelah luar ni berdinding kaca, boleh tembus tengok ke dalam. Chefnya ramai melayu, ada juga perempuan melayu bertudung, jadi tak perlu risau atau was-was, halal dan tiada alkohol.
Grumpy Goat & Friends Cafe
C1, Gravity Green, 6C, 02, Jln Suria,
C1, Gravity Green, 6C, 02, Jln Suria,
Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor
Tel : 017 891 1366
Buka setiap hari 10.30 pagi hingga 10.30 malam
Serious nya pak inche minom kopi... heheh
ReplyDeletelawanya cafe dia
ReplyDeletecantik cafe ni. Suka gak tengok ID cafe yang rare. Pilihan menu pun sedap sedap tu. Macam sedap je Seafood Tomyam Spaghetti dan sweet potato cicah cheese tu. Hahaha..setuju sangat kak, suami macam anak paling bongsu :)
ReplyDeleteCorak sarang spider pun bolehhhhðŸ¤
ReplyDeleteNampak sedap folded tu...ada cheese leleh tak? hihihi
Cantik hidangan tomyam spaghetti dan dessert tu.
ReplyDeleteaduuhhh huhuhuu kok sampai melocot pulak makan folded lamb tu hihihiii.
Ini cawangan yang baru belakang GG yang lama, yang ni dah berapa kali nak singgah asyik tak jadi, sebab bila sampai sana, Tea Garden juga memanggil hahahahah
ReplyDeleteapa yang kambing tu tak puas hati sangat sampai nak ber'grumpy' tu..
ReplyDeletebarista yg buat kopi SK tu tengah belajar buat spider web..kasi canlah.
Takut plak tgok Pak Inche tu macam nak telan cawan tu...hehehe...serius bebenor...
ReplyDelete