MAKAN NAN CHEESE AYAM TANDOORI BISMI CURRY HOUSE

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum....

PETANG semalam, tetiba Cikwa kata, jom makan Nan Cheese dekat kedai rumah Uda. Uda tu, Sk la. Mula ingatkan Cikwa nak makan di Restoran Farouk @ Said Alwi yang terletak di Pulai Perdana. Sk beritahu, dah lama tak makan di sana, tak tahu masih ada atau tak menu tu. Cikwa kata, Iman kata, baru makan sana, sedap. Rupa-rupanya, yang dimaksudkan Iman, Bismi Curry House. Lupa pulak la Iman pernah order Nan Cheese kat sini, hihihi.

Jadinya, kira onz sajolah. Sampai-sampai, tengok meja di bahagian luar tiada orang tapi ada pinggan dan cawan yang belum berkemas. Terus pekerja Bismi kemaskan dan lap. Tapi banyak lalat pulak hinggap di meja, mungkin masih ada bau makanan tumpah melekat. Meja di dalam tak ada lalat sangat, tapi kesian pulak dah penat dia berkemas, kami pindah meja. Sk keluarkan tisu basah dari beg dan tekan hand sanitizer yang diletakkan atas meja dari jenis gel, pam dua tiga kali, kemudian terus lap keseluruhan meja.. terus tak ada lalat dah.. berkesan betul ni. Tak lama, Cikwa, Angah dan Indah sampai, dah macam 'girls day out' la pulak. Cik Ani tak ada, Che Li belum balik, katanya. Kesian pulak nak suruh datang jauh-jauh dah malam.


Minuman sampai dulu macam biasa. Teh Panas, Teh Sarbat, Milo Ais dan Milo Ais Mangkuk.


Pesan 4 Ayam Tandoori dan 5 Nan Cheese.
Dulu kalau nak makan Nan Cheese tarik-tarik kena pergi Restoran Said atau Farouk tapi tak suka dah nak pergi situ sebab sombong dan beberapa sisi negatif lain yang kami tidak senangi. Mujur dah ada jual di Bismi Curry House. Yang penting, bos dan pekerja semuanya muslim dan berketerampilan yang menyenangkan.


Masa pekerja dia buat nan cheese ni, nampaklah, tak lokek langsung letak cheese. Lepas dah siap bakar ayam, baru mereka bakar nan dan hantar panas-panas ke meja. Ada perbezaan nan cheese yang Iman makan sebelum ini dengan versi terkini nan cheese di Bismi ni.

Cecahannya dhal, sos pudina yang sedap tu.. hurmmm.. nampaknya kena mengulang lagi ni, dok teringat-ingat pulak.. hahahaha.

Syukur Alhamdulillah.. terima kasih Angah yang belanja.

😍

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. xkedekut cheese tu yg best!
    sedapnyaaaa.. telan liur jela kita.. haha

    ReplyDelete
  2. bak kata orang dulu-dulu, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari..gittew!

    ReplyDelete
  3. Ayam tandoori tu sedapnya alahaiii..lama gak tak pekena nan cheese. bahaya kalau teringat ingat ni. pasti repeat punya, kannn...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya naan cheese ayam tandoori...
    Eh,bagus la petua tu..
    Nanti kalau gi kedai makan yg ada lalat leh try .Tq petua

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!