MAKAN DI DE' CABIN TAMAN NUSANTARA

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

BILA penyakit M dah datang, macam ini la.. 


Gambar tak cantik sebab tak cukup cahaya. Ni menjawab pertanyaan, Blogger MY, yang bertanya, macammana gambar Sk cantik? Sebenarnya bergantung pada mood dan keadaan jugak, kalau cukup cahaya, tapi ada gangguan dari orang sekeliling, susah jugak nak dapat gambar makanan yang cantik dan menyelerakan. Dalam gambar ni, Mozarella Ball tak silap namanya. Ada lima biji dihidangkan bersama fries yang gebu dan rangup, sos perisa cendawan dan sos cili. 


Cheese Chicken Chop untuk Iman dan Grilled Chicken Chop untuk Pak Inche. Juga datang bersama fries yang gebu dan rangup. Sangat sedap fries tu. 


Sk pesan Fish N Chips. Besar betul ikannya, dua keping pulak tu. Selalunya Sk pantang tak habis makan, kan.. tapi kali ni rasanya ada untuk tiga kali suap, tak mampu dah nak telan. Setiap pinggan memang ada dua sampingan iaitu fries dan coleslow. Coleslow tu sedap betul, sayurnya dihiris halus dan tak kedekut mayonis dan krimnya. Gambar tak cukup terang sebab kami duduk di bahagian luar bumbung kabin yang cahayanya di belakang Sk.


Sementara tunggu Pak Inche berurusan di kaunter, kita selfie la kat depan papan tanda restoran ni. Salah satu sebab suka makan di sini kerana servis yang pantas dan sangat menjaga SOP. Stafnya juga peramah dan mesra. Harga makanan juga berpatutan.

Burppp.. Alhamdulillah 😍





Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Cheese balls tu nampak gebus dan gemok ahaks!

    ReplyDelete
  2. Tgk fish n chip tu dan2 nak g cari ikan gak la esok hahaha... Sedapnyaaaa la haii....

    ReplyDelete
  3. Buurrppp... kenyang jamu mata dengan western food ni SK.

    ReplyDelete
  4. Uncle, yang penting harga berpatutan!

    ReplyDelete
  5. Ya allah..makin kuat bunyi perut SA kelaparan ha....siyes SA lapar giler tgok semua menu tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!