KARI DAGING LAUK MALAM INI

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

SERONOK pulak rasanya berbekal dua tiga hari ini. Pagi, sarapan roti dan kopi dalam perjalanan ke pejabat. Sampai pejabat dah boleh terus mengadap blog kerja. Tengahari, tak perlu nak start enjin dan memandu ke kantin. Terus boleh buka bekal dan suap nasi ke mulut. Ye lorrr.. mana ada orang terus suap nasi ke perut, Sk oi 🤭


Pak Inche kata, masak Sambal Daging. Mana nak menyambalnya, cili giling habis. Tak larat rasanya nak menggunting cili selepas menempuh sejam perjalanan pulang. Kita masak kari la.. esok boleh bawa bekal lagi 😂


Senang amat laaa masak Kari Daging. Kita kupas bawang besar sebiji aje, masuk chopper, panaskan minyak, masuk rempah empat sekawan, lepas tu masukkan bawang yang telah dicincang halus tadi. Campak daun kari, rempah kari, serbuk cili, serbuk kunyit, kacau kacau kacau, tambah air, kacau lagi sampai terbit minyak. Sambil tu, boleh hiris-hiris daging. Siap semua, masuk dalam pressure cooker, biar dia buat kerja dia. 


Yang wajib ada bila masak Kari Daging, tentunya Daging Goreng Kicap. Hiris daging nipis, kemudian perap la dengan kicap dari kayangan. Walaupun mahal, tapi berbaloi. Banyak kali cuba try test guna kicap keluaran Pak Berahim, Pak Awang, Nek Siti, Nek Nah, semua tak menepati citarasa. Sudahnya tersadai dalam peti sejuk, dah membazir.


Semalam melenggang, hari ni dia bawa balik lauk. Sayur Kacang Buncis ni memang kena sangat la dengan gulai, kan.


Juga hati dan pedal ayam goreng. Kalau beli lauk macam ni, Sk tak la marah. Orang kata, lauk tambah-tambah.. gituhhh. Dua lauk ni baru RM2.50, berbaloi-baloi la dari kena potong sayur, kupas bawang dan cuci kuali.. hihihihi.
Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya pedal!!!! I like it!!!
    Err, kicap dari kayangan, kicap yang manakahhhh

    ReplyDelete
  2. Kari daging + masak kicap ...Memang ala nasi kandaq tu...kuah campoq...sedap ngat aih

    ReplyDelete
  3. suami ammi dr 3 minggu sudah dok request kari kambing..tp malasnya bini dia ni nak mengkari. kalau boleh nak goreng telur je hari2

    ReplyDelete
  4. nampak sedap kari daging akak tu...teringin pulak nak ada pressure cooker...masuk wishlist la macam ni..hahahha

    ReplyDelete
  5. Campak campak jadi lauk terus. Senang ada pembantu dapur yang berguna. Biar dia buat kerja dia kan.

    ReplyDelete
  6. Gulai daging dengam sayur buncis memang gandingan serasi.Teringat menu asrama..Nasi Dal digandingkan kari daging & sayur buncis...sedapnya lahai

    ReplyDelete
  7. I read your blog which was very useful for me. I request you to provide the information about oriental sauce, Sambal sotong, etc.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!