JALAN-JALAN TENGOK IKAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

HANYA mampu tengok aje dalam sesi jalan-jalan cari ikan pagi tadi. Mulanya nak beli tapi agaknya dah hilang mood lama sangat tunggu abang tu susun ikan sampai perut Pak Inche tiba-tiba memulas, terus dia ajak balik. Tapi elok pulak lepas tu, pusing-pusing di Kampung Nelayan, Pendas, tengok orang berjualan, cuma memang dah tak ada mood nak beli ikan. Nasib baik masih ada selera nak pergi sarapan di Warung Santai2 Kak Ton.


Ikan baru naik tapi agaknya dah meninggal malam tadi baru ditimbang. Table top masih kosong. Kami pergi pula ke gerai sebelah sana. Nampak ketam hidup dalam sampan. Ketamnya sebesar tapak tangan Zulaikha tapi lebih RM30 sekilo, rasa terbekik dengar sebutharga, hahahaha. Terpikat tengok kerang besar dan bersih cantik, tapi tak nak jual agaknya sebab dia asyik cuci dari tadi, hahahaha. 


Terdengar riuh rendah dari gerai mula-mula kami singgah tadi. Wahhh.. ada ikan beso baru naik sehingga menimbulkan kekecohan. Ikan kurau seberat 24 kilo sebesar budak sekolah rendah. Hurmm.. Sk masa darjah 1 dulu, baru 17 kilo 🤣



Sporting abang ni, bila kita minta nak ambil gambar ikan. Masa tu, dia dah dukung ikan ni nak dibawa ke tempat lain, mungkin sudah ada peraih yang menunggu. Bila ditanya harga, RM100/kg. Wow, maknanya seekor tu harganya RM2,400. Murah giler banding ngan harga ikan empurau.


Selamat tinggal ikan, selamatlah engkau menjadi santapan orang ado-ado.

😆








Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Rezeki dapat tengok ikan besau...Orang kata ikan Kurau ninmasa kecik namanya Ikan Senangin yer...

    ReplyDelete
  2. Mahal sungguh harga ikan kurau ye. Patutlah ikan masin kurang sekeping pun berpuluh2 ringgit reganya.

    ReplyDelete
  3. Tunggu lama lama buat hilang mood pulak nak membeli, kan. Wahh ikan untuk orang ado ado ni hanya mampu tengok je. besar betul ikannya tu. Seram tengok harga ikan yang mahal mahal ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!