Assalamualaikum...
SEMALAM petang, lepas ambil Iman balik dari pejabat, kami ke Restoran Primadona di Taman Mutiara Rini. Tahu tentang restoran ini dari Nur, rakan JDT Blogger. Di sana, kami makan santai-santai jer. Tapi, tu nanti la ya, Sk cerita. Jadinya, kami bercadang, malam tu nak pekena tosei dan nan cheese di Bismi sahaja.
Tapinya, dah pukul 9 macam tu, waktu yang dirancang hendak keluar makan, tetiba Pak Inche kata, masak nasi ajelah. Dari siang sebenarnya kita dah tawarkan, makan nasi dengan lauk kari ayam, tapi dia menolak. Alasannya dah makan Nasi Lemak Legend sebungkus pagi dan sebungkus tengahari. Nasi lemak tu Sk beli pagi lepas hantar Iman ke pejabat.
Jadinya, Sk pun terus cuci beras dan tenggek periuk dalam rice cooker. Panaskan Kari Ayam yang Sk masak hari khamis, goreng telur mata dua biji tuang kicap, siapppp. Nasi Sk masak lebih, sebab nak buat nasi goreng pagi ni untuk sarapan dua beranak tu di rumah dan bekalan Sk ke pejabat.
Boleh la janji ada rencah kan...SA suka nasi goreng macam ni kering2...
ReplyDeletePasti sedap :)
ReplyDeleteSedap nampaknya SK walaupun katanya sehelai je dagingnya :D
ReplyDeletesehelai tu kalau untuk kita sorang cukuplah kot..heheheh
ReplyDeleteKenapa entah... pagi tadi singgah sini tak boleh tulis komen pulak. Ni datang malam-malam pastinya sehelai daging itu sudah tinggal kenangan huhuhuuu!
ReplyDeleteWahhh, sedapnyaaa! Haa..sempat sampai ke tengahari kerr nasinya tu..huhuuh
ReplyDelete