Assalamualaikum...
PELBAGAI acara berlangsung di kolej hari ini. Oh, ya.. untuk pengetahuan, program Camp Based sebelum ini sudah berakhir pada 28 Oktober lepas. Tiada lagi pelajar yang dikurung dalam kolej. Dah boleh bebas tinggal di luar asrama dan dah boleh beli makanan secara dalam talian. Semua pelajar juga telah mula masuk kuliah bersemuka sejak 7 November lepas, dah tak ada lagi kelas dalam talian.
Hari ini, berlangsungnya peperiksaan percubaan bagi beberapa program masakan. Antaranya bagi pelajar Tahap 3, mereka dikehendaki menyediakan makanan secara buffet dengan tema 'Perkahwinan' atau 'Wedding'. Orang Johor biasanya akan menghidangkan Nasi Beriani sebagai juadah utama kenduri, jadi, makan nasi berianilah kita hari ini.
Batch ini merupakan pelajar yang baru pulang dari praktikal. Memandangkan tempoh pkp, mengikuti kuliah dalam talian, mengikuti intern di hotel-hotel yang tentunya kurang tetamu di musim pandemik ini, hasil masakan mereka agak membanggakan. Tidak ada kurangnya nasi beriani yang mereka sediakan ini dengan nasi beriani yang Sk nikmati di rumah orang kahwin yang menggunakan khidmat katering.
Daging Beriani. Dagingnya lembut dan boleh dikunyah oleh remaja purba macam Sk ni. Walaupun tekstur rempah beriani agak pekat dan kurang berkuah sehingga sekali pandang, ingatkan rendang dan namun ia sedap dan tidak mengecewakan.
Lauk wajib nak dikawankan dengan nasi beriani, tentulah Ayam Masak Merah. Walaupun cilinya sedikit pedas, namun kita masih tahu ia Ayam Masak Merah, bukan Ayam Sambal.
Dalca.. sedap, sayur-sayuran masih segar dan tidak lodoh seperti kebanyakan dalca di majlis kenduri cuma potongan terungnya agak besar, nak cepat potong eh?!
Sk ambil ketiga-tiga lauk, ni kalau tahu, bawa Acar Buah dari rumah atau pajeri nanas siap-siap.
Sup Tulang Merah dan Roti Perancis.
Kalau nak masak tulang merah, kepala lutut kambing ni la yang paling sedap sebab ada sum sum dalam tulang tu haaa.
Rojak Buah.. yang ni Sk tak sempat nak makan.
Pie Tee.. inti sengkuang dan lobak merah.
Buah-buahan.. betik, naga, tembikai dan honey dew.
Tart buah-buahan.
Puding Roti.. bersama sos kastard. Lupa nak ambil gambar yang dah dituang sos kastard.
Bubur Pulut Hitam.. ni Sk tak makan sebab tak minat, hihihi.
Semoga dipermudahkan urusan anak-anak ini menghadapi peperiksaan sebenar minggu depan.. Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
good job anak-anak...
ReplyDeletebubur pulut hitam tu faveret ammi sekeluarga
Semua feveret termasuk bubur pulut hitam tu.Hi3.
ReplyDeleteKlu ada papadam lagi sedap
ReplyDeletebestnya kalau ada course masak² mcm ni... selalu mkn sedap² jd tester... hehehehe... bubur pulut hitam paling win... terus craving
ReplyDeleteLamanya x makan bubur pulut hitam...dapnyaaaaa
ReplyDelete