ROTI NAN AYAM TANDOORI LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

SIANG semalam dah makan Nasi Pinggan Daun Pisang dengan Ayam Varuval, kan.. jadi, malamnya nak makan yang ringan-ringan jer la. Terrrrringan sekali, pi makan kat kedai la.. tak payah cuci periuk, tak payah cuci pinggan mangkuk 😜

Mula nak makan western, tapi pun rasa berat sangat. Tengok tak, selambak nasi atas pinggan semalam? Kenyangnya sampai tak berbunyi terus perutnya 🤭. Pak Inche kata, nak makan tosei aje. Haishhh.. tak jemu ke makan tosei. Kita makan Roti Nan Ayam Tandoori laaa.. baru gerekkkk!


Pilih duduk di luar Bismi Curry House jadinya gambar tak cukup cahaya., Tapi masih menggiurkan.. hahaha. Kali ni tak nak tamak-tamak makan, ajak Iman kongsi ayam dan roti. Pak Inche jer makan seorang sebab dia ambil Nan Kosong.


Nan Cheese kongsi berdua dengan Iman. Tapi, dak Iman takut tak kenyang ke apo, dia pesan sekeping Roti Bom. Kenapa ek, rasa macam dah kecik sikit saiz roti ni. Iman kata, sebab bahagi dua kot?

Hahahahaha.. hahahahaha.



Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Aduhai...terliur plak tengok roti naan cheese tu ha...

    ReplyDelete
  2. Selalukan kalau order sikit, time tu la rasa cam lebih sedap pulak hihi...
    Bagus Iman stand by siap2 roti bom.

    ReplyDelete
  3. Rindu pulak dengan Naan Cheese panas2 cicah cutney pudina...

    ReplyDelete
  4. lamanya tak makan...sejak pindah pekan nanas.. tak jumpa dah roti naan cheese sedap. hari tu pergi taman u dengan niat nak cari nan cheese kegemaran, rupnya restoran syed alwi tu dah tutup..huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!