Assalamualaikum...
MASIH terkesan dengan berita pemergian Arwah Kak Kamsiah Yusoff, kawan alam maya yang Sk kenali sejak lebih 10 tahun lepas. Arwah yang mesra dipanggil Kak Kam merupakan salah seorang blogger masakan yang masih aktif menaikkan entry baharu dan meninggalkan komen. Sebenarnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan blogger masakan ramai yang meninggalkan dunia blog dan kami terputus hubungan seketika. Cuma beberapa yang masih aktif dan Sk pun rasanya terputus sekejap hubungan dengan arwah.
Bila bertemu semula di alam maya, Sk perasan yang arwah kerap mendapatkan rawatan di hospital cuma Sk kurang pasti penyakit yang dialami. Nak bertanya, asyik ditangguh. Entry terakhir Kak Kam yang Sk sempat tinggalkan komen, ialah Sup Tulang Ayam. Kemudian, Sk nampak arwah ada beritahu yang dia demam dan tak larat, cuma minum air kelapa. Kemudian dah tak nampak apa-apa update dari arwah. Rupa-rupanya dua hari selepas itu, Kak Kam telah pergi buat selama-lamanya.
Semalam pulak, bateri telefon Sk cuma ada 40% sejak pagi. Pengecas bateri tertinggal, orang dalam rumah, semua bawa sendiri punya masing-masing ke pejabat. Jadi, kita berjimat-cermatlah guna telefon. Paginya, Sk bersarapan ubi rebus cicah sambal hijau dengan ikan masin yang Sk beli semalamnya sebelah Mydin BBU. Lepas ambil gambar, post di ig dan fb, kemudiannya layan novel. Bila buka fb, nampak kawan fb post berita pemergian Kak Kam, dah lebih dua minggu. Terus buka blog Kak Kam, nampak tajuk
TAMAT.
Sejak pandemik ni, ramai kenalan alam maya yang pergi tiba-tiba. Tapi, Kak Kam rasanya bukan sebab covid. Salah seorang kawan yang pergi disebabkan C19, adalah geng bakers,
Yusnizah Mohd Bachalan. Padahal, beberapa hari sebelum tu, arwah masih sempat kemaskini status dan post video anaknya ketika membuat swab test.
Juga turut memberi kesan, pemergian
Busu Imah. Arwah bukan sahaja geng bakers tapi geng kucing. Selalu berbakti pada kucing jalanan dan Sk jugak kerap minta nasihat Busu tentang penjagaan kucing terutamanya selepas dikembirikan. Yang membuat Sk terkilan, dua minggu sebelum pemergian Busu, kami ada berbeza pendapat sikit tentang sesuatu. Arwah seperti tak faham apa yang Sk sampaikan. Kemudian, lama Busu tak muncul di ruangan komen Sk. Kalau tak, selalunya Busu yang rajin komen. Masa tu, Busu baru pindah rumah. Tak tahu arwah tak komen sebab sibuk urusan pindah rumah atau merajuk dengan Sk. Tahu-tahu, nampak kawan fb lain, post tentang pemergian Busu kerana sesak nafas.
Terasa bagai menunggu giliran pula...
Al-Fatihah kuhadiahkan buat sahabat-sahabat alam maya yang telah pergi terlebih dahulu antaranya
Xane Neor yang pergi enam tahun lepas.
Kenal sekejap arwah dalam blog pun rasa kehilangan. Kebetulan kali terakhir arwah tinggalkan komen pasal kematian.
ReplyDeletekan kak..bila baca berita kehilangan teman teman dan ahli keluarganya.. terasa macam dah tua aje.. terasa macam makin dekat untuk dijemput
ReplyDeleteKita akan datang menyusul... insyaAllah
ReplyDelete