KOPI KEDAH EDISI 2021

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...


AKHIRNYA dapat jugak beli Kopi Kedah ni. Semasa keluaran sebelum ini, beberapa kali usha di Shopee tapi tetap tak terbeli sebab nak beli terus dari pasaraya, tapi sampai ke sudah tak jumpa. Semalam, Pak Inche ajak berbelanja ke Aeon, eh.. ada pulak kopi edisi 2021 yang merupakan tuaian pada tahun ini. 


Ianya di bawah jenama Nescafe. Pagi ni dah bancuh bawa bekalan minum pagi dalam kereta seperti selalu.  Macam kebanyakan kopi keluaran nescafe, ia kopi segera yang terus larut dan tak perlu ditapis. Rasa kopi kampung tapi lebih kaya dan beraroma. 


Didatangkan dalam tin enamel yang mempunyai stail sendiri, serbuk kopi dipek dahulu sebelum dimasukkan ke dalam tin enamel. 170 gram kopi ini boleh dapat 85 cawan kopi. Kita target dalam dua bulan la habis kalau tak bancuh seteko seteko, hahahahah. Kalau bancuh seteko, kemahen larong mencedok lepas tu mengadap bercawan-cawan, yassalammmm.



Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. selagi tak kering teko tu, selagi tu la menuang dan menuang

    ReplyDelete
  2. Tin enamel tu yang buat rasa tertarik nak beli. Lama gak tak pekena nescafe ni. Sedap tu buat kopi o klasik.

    ReplyDelete
  3. macam kena carik jugak nii haihhh

    ReplyDelete
  4. Ambooiii boooii boooiii... kopi Kedah disemai dengan kasih ooooo!

    ReplyDelete
  5. Saya belum pernah try..Tapi dulu masa anak bujang study kat sana sellau juga melintasi ladang kopi kat Sik tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!