MAKAN-MAKAN DI SENAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

CERITA semalam petang, Khamis kan balik awal, jadi macam biasa, Sk ke Senai dahulu sebelum balik rumah. Cik Ani kata, dia ada menempah Kuih Talam iaitu Seri Muka dan Talam Tokyo. Sk ingat nak tempah Bihun Goreng Tauchu dengan Kak Sab, tapi masa ke kafe, Kak Sab tak ada. Nak tempah guna telefon, macam leceh pulak, kalau cakap depan-depan senang cerita. Tak jadilah nak tempah Bihun Goreng Tauchu.


Dalam perjalanan, Cik Ani whatsapp, dia dah balik. Kuih Talam tinggal separuh, katanya. Ehhh, kita ingat nak makan ramai-ramai. Tapi teruskanlah jugak perjalanan ke Senai. Singgah dulu restoran depan taman, tapau Mee Goreng Seafood sebab tak nak ada ayam. Oh, ya.. kuih Talam Dua Muka Tokyo tu, sedap sangat, begitu juga Seri Muka. Mula ingatkan permukaannya yang hijau tu sama rasa, tak sama langsung. Talam Tokyo tu tiga lapis, lapisan bawahnya sago dan kelapa, lapisan tengah ubi dan atasnya tepung manis. Ni kalau pergi Tokyo ada jual ke ek? 😂


Tengah makan-makan, Angah balik. Rupanya, dia awal-awal dah tempah Mee Siam Kuah dengan Kak Sab. Haaa.. mesti kalau Sk nak tempah Bihun Tauchu tu, Kak Sab akan beritahu kan pasal Mee Siam Kuah ni.  Tapinya, dah tak jumpa Kak Sab, kan. 


Kuahnya setengah bekas termos makanan yang saiz kecil tu. Tak dapat Bihun Goreng Tauchu, dapat jugak bihun yang ada tauchu.


Pinggan Sk, Angah lupa nak keluarkan tauhu goreng. Kuahnya agak pekat, jadi Sk tak la letak banyak. Mujur... Kak Sab ni nak kahwin ke apo???
😅😅😅


Mee Goreng Seafood yang Sk tapau empat bungkus. Ada ceritanya pasal Mee Goreng ni... Jap eh.. Sk salin dan tampal dari muka buku.. hahahahah.

Cerita pasal Barang Naik ni kan.. semalam kita pergi satu restoran ni, tapau 4 bungkus Mee Goreng Seafood. Tengok dalam menu, RM8 sebungkus, jadi siap2 la duitnya RM32. Bila adik tu hantar mee 4 bungkus tu, teruslah bayar RM32 dan balik ke kereta. Masa berpaling nak buka pintu tu, nampaklah adik tu kejar kita, dia kata, duit tak cukup. 
"Saya bagi tadi RM32"
Tak cukup RM4 katanya. Aik, takkanlah kurang duitnya, 18 kali Mak Inche kira. Kemudian dia datang balik bawa resit RM36 total. 
"Hah?! Bukan kat menu tulis RM8?" Demi membuktikan, kita patah balik ke kedai sambil jinjit mee, terus pergi ke meja tunjuk menu tulis RM8. Lepas tu pergi cashier, cashier tunjuk paparan pada monitor RM9. 
Mak Inche tunjuk semula menu tulis RM8, sambil cakap.. " Dalam menu tulis RM8, kenapa boleh jadi RM9? Tapi kalau awak nak saya bayar, saya boleh bayar (sambil seluk beg nak ambil wallet). Dia cakap tak payah, dengan muka masam. "Betul eh?" Dia angguk, masam jer muka, dari ambil order pun tak reti nak senyum. Mentanglah yang order ni remaja purba. Ko jangan.. siakap dah viral, sotong dah viral, takkan mee goreng pun nak viral sekali??? 

Kalau dia tapau guna tipuware tu kita faham la kan, lagipun tak ada pulak note kalau beli bungkus kena tambah RM1.

Apalah nak jadi dengan dunia tipu-tipu ni? 😭

Haaaaa.. tulah cerita Mee Goreng Seafood. Memang last laaa pergi kedai tu... Huhuhu.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. nak kena dakwa akta pencatutan kedai mi goreng tu... biasa diaaa

    ReplyDelete
  2. Tapi kan saya ghisau juga ni, barang banyak betul naik harga.. macam melampau2 macam negara tak ada yang mengawal benda tu 😓

    ReplyDelete
  3. Kat pasaraya pun depa guna modus operandi ni juga.Kat rak harga lain.Bila scan nak bayar harga lain.jawapan depa ..ooo...sudah naik belum sempat tukar tanda harga...senang sungguh depa

    ReplyDelete
  4. Mee goreng macam tu memang feveret uncle!

    ReplyDelete
  5. Hahahaaa... mi goreng harga 8 ringgit jadi 9 ringgit... nak bayo lagi tak mau ambik pulak....tarik muka asam ye kihkihkihhh.

    ReplyDelete
  6. Tak baik buat macam tu kan...kalau nak naikkan harga kena la tukar juga harga kat menu...macam SA hangin ngan KFC nyer staff la...beli combo 12 pcs, 8 ketul bahagian dada....peha 2 , thigh satu kepak satu....x ke hangin....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!