BERAYA DI RAWANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT

MASIH mengamalkan berhari raya mengikut giliran. Wajib ya beraya di kedua belah pihak setiap tahun dan tahun ni giliran raya pertama di pihak Sk. Jadi, raya kedua Sk berhari raya dengan keluarga mertua. Sedia maklum, mak mertua Sk meninggal dunia sehari sebelum Aidiladha dua tahun lepas, jadi kita berkumpul dengan ipar duai dan anak-anak , tahun ini mereka sepakat berkumpul di Kuala Lumpur pada hari raya pertama dan di Rawang pula pada raya kedua.

Tahun lepas kan Beraya di Terengganu.


Sebelum masuk lebuhraya, singgah sarapan dulu di Ain Ali Rainforest. Perjalanan lancar walaupun banyak kenderaan di atas lebuhraya. Baju raya fesyen Kurung Kedah beli di Aeon masa awal puasa, RM139 jer 😆. 


Hampir sebulan Sk berpisah dengan  nescafe.. ni rujuk semula 😆


Pak Inche makan Tosei. Tosei kat sini datang dengan empat jenis kuah.


Bawa bekal Kek Lapis yang Sk tempah dengan Cik Sun. Untuk ipar duai Sk bawakan seketul Kek Lapis India, tak ambil pulak gambarnya. Yang dalam gambar tu Chocolate Butterscotch dan 16 September, perisa buah-buahan, sedap sangat.


Haaa.. sebab tu masak Rendang Daging sampai 4 kilo. Bawa juga rendang daging untuk ipar duai dengan harapan akan jumpa orang jual lemang tepi jalan. 



Jumpa dua tiga jugak la gerai lemang tapi semua tutup dah.. Alhamdulillah, dah masuk dekat Bandar Tasek Puteri, jumpa jugak gerai lemang yang masih meniaga, singgah beli dua batang. Sebatang tu RM20. Ada juga yang RM18 dan RM15.


Ipar dan biras. Tudung biru dan merah jambu, kakak Pak Inche. Yang lain semua biras, Sk paling bongsu tau 😆.


Dengan anak-anak buah sekali.


Adik-beradik Pak Inche.. sorang tak ada, raya di Penang, dua dah kembali pada-Nya.



Ramai-ramai


Cucu Tok Min beratur dari kiri ikut umur paling tua 😆. Ada lagi yang tak masuk dalam ni. Seorang balik Kuantan dah, dua di Penang, tiga di obesi, sorang di Johor, tiga di KL tak dapat join. Cicit Tok Min pun dah empat orang semua.

Menu Dua Hari Raya di Rawang lupa nak ambil gambar sebab dah laparrrr.. campur segan 😆

Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Dalca,  Acar Jelatah

Nasi Putih, Daging Goreng Kunyit, Ulam dan Sambal Belacan oleh Tuan Rumah

Rendang Daging, Lemang oleh Sk dan Pak Inche

Sambal Sotong oleh Kak dan Na'e

Roti Jala, Kari Daging oleh Kak Roz dan Kak Shida.

Ni tahun depan depa kata nak raya Johor pulak
🤣🤣🤣

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah, dapat berkumpul bersama keluarga suami pula. 👍

    ReplyDelete
  2. Wah...meriah raya depa na....
    Eh,warna hijau tu tema baju raya kami jugak tu..Tahun ni katanya yang menang hitam dan biru..hijau tempat ke3

    ReplyDelete
  3. Salam raya.
    Meriah sungguh sambutannya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!