DIET TELUR

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


SEKARANG ni memang cuba elakkan untuk ambil makanan berat pagi-pagi, sebab apa, walaupun pagi tu dah makan berat, tetaplah lapar nasi di tengahari. Cuba makan roti tapi ekzema pulak naik balik. Tetap nak salahkan roti padahal ada baca jugak salah satu punca buat ekzema adalah kandungan cafein dalam kopi, huhu.




Tengok ramai yang share diet telur. Sk dulu pernah jer makan telur tiap pagi tapi ni dorang ajar supaya tak bosan makan cara masak telur yang sama, dorang kata buat telur dadar. 




Ni buat salad telur. Yang ni la senang kot sebab Sk guna kaedah kukus telur dalam rice cooker berbanding masak dadar guna api dapur sebab nanti asyik terfikir-fikir dah tutup api dapur ke belum. 




Telur Sk kukus sebelum mandi, sebelum keluar rumah, siapkan kopi, green tea, kemudian terus ambil telur masuk dalam beg bekal. Sampai office baru hiris salad, belah tomato, kopek kupas telur dan humban dalam tapauware. Kemudian pancitkan sos cili dan thousand island, tabur kacang gajus. Aaaa.. ni lagi sedap dari telur dadar, telur dadar rasa muak. Lagipun tak buang masa nak masak, siapkan kat office je, hehehe.


Semoga istiqomah diet telur ni sampai akhir tahun, hehehe.
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Saya masih lagi makan 2 biji telur tiap pagi sebelum briskwalk.. nnti petang baru rasa lapar nasi

    ReplyDelete
  2. Saya juga lebih suka telur dicampur dengan salad kak. Lebih enak. Apalagi kalo dressing nya pakai balsamic atau vinaigrette. Kalo yg creamy saya tak terlalu suka. Masalah selera saja. Anak2 saya pastinya lebih suka dressing yg creamy macam sos kewpie

    ReplyDelete
  3. Menariks ni....patut la depa slim...Nak follow jugak lah😍

    ReplyDelete
  4. Sedap menu telurr! Betul gak, bosan kadang... Untung kak.. leh siapkan makanan bekal kat tempat kirijaaa 🤩

    ReplyDelete
  5. Oooo...diet telur ye...SA pernah buat...makan telur putih je...kuning x makan...hilang la 10kg masa pertengahan 30's dulu...ni dah 46 x amalkan plak...eh nak cuba buat la...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!