MAKAN NASI LEMAK DAUN PISANG UDANG GORENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


SEJAK minggu lepas, ada sebuah gerai kuali besar dibuka di Taman Pulai Mutiara berhampiran dengan persimpangan lampu isyarat menghala ke arah Gelang Patah. Pagi-pagi dah buka ya, bukan petang atau malam. Sk pulak bukan jenis rajin nak menyinggah beli sarapan, tapi tadi pagi tersinggah gara-gara terpandang nasi lemak bungkus daun pisang yang turut dijual. Lagipun memang hari ni berangan nak pergi cari nldp kat Pasar Tani. Rezeki jumpa lagi awal, heheh.




Tu takpe, kecur pulak tengok udang goreng besar-besar dalam dulang. Sk tanya, berapa seekor, RM5. "Boleh beli sekor?" Tanya Sk. Boleh, dia terus bungkuskan seekor dalam daun pisang. Nasi lemak sebungkus RM3, campur udang seekor, RM8 total. Sebab tu kadang malas nak beli makanan luar, bukan pasal apa, kita ni mudah tergoda,  hahahaha.


Tengah sedap memandu, hari ahad kan.. sampai Plaza Tol Perling dari jauh nampak semacam, rupa-rupanya ada pokok tumbang sehingga menutupi keseluruhan jalan menghala ke Taman Perling/ Pasir Gudang. Semua kenderaan dikehendaki membuat pusingan u selepas membayar tol, maknanya kena masuk pulak Plaza Tol menghala ke Gelang Patah. Dah kena bayar tol dua kali pulak. Tak tahulah kenapa tak dilencongkan kenderaan agar keluar di Bukit Indah sahaja, taklah kitorang kena bayar tol sampai dua kali, huhu.




Lepas keluar semula dari plaza tol, Sk keluar ke Bukit Indah, melalui Horizon Hills dan terus menuju ke laluan Danga. Teringat Nasi Lemak Legend Skudai yang dirindukan. Selalu nak pergi beli, tapi malas nak kena pusing jauh. Nak singgahlah beli, tapi, dah beli nasi lemak sebelumnya, kan. Tapi, bila lagi nak singgah beli, alang-alang dah lalu, kannnn. Tu dia punya keliru, hahaha. Akhirnya, singgah beli. Aaa.. biar menyesal beli dari menyesal tak beli, hahahaha. Sampai office apalagi, kita sarapan Nasi Lemak Legend dulu.




Nasi Lemak Udang Goreng kita makan tengahari tapi awal sikit. Nasi lemaknya betul-betul bungkus daun pisang bukan alas atas aje. Lengkap timun, kacang dan ikan bilis dengan telur sebelah. Nasi lemak ada letak halba sikit, sedap aromanya. Timun tu dia buang bahagian tengah supaya tak berair. Aishh.. masa makan nasi lemak legend tu lupa ambil gambar pulak, hehehe. Siapa nak tengok gambar lama nasi lemak legend KAT SINI.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau beli kedai rupa macam ni memang tergodalah kita. Banyak pilihan juadah sarapan. Nasi lemak bungkus daun pisang tu memang keutamaan kita lah kan. Udang tu memanggil manggil betul eh. Menggoda sungguh haihh walaupun digoreng je. Sedap betul bau aroma daun pisang.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!