MAKAN DI SECRET RECIPE

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


SEHARI sebelum Iman kembali ke kolej, kita bawa dia makan tempat istimewa sikit. Tanya Iman nak makan apa, dia kata nak makan steak. Sk cadangkan ke Kawd, tapi Iman kata mahal steak kat situ. Pergi Der Cabin aje, cadang Iman. Kami menuju ke Der Cabin Taman Nusantara tapi masa lalu depan Secret Recipe, Pak Inche cadang ke situ pulak, Iman pun seronok nak makan SR kan.. jomlah kita!




Secret Recipe Taman Nusantara ni baru dalam setahun dua juga dibuka di sini. Restorannya memanjang ke belakang. Pelanggan tak putus keluar masuk kebanyakannya untuk membeli kek.




Staf letak sebakul kecil keropok ikan atas meja, percuma.




PI nak mushroom soup. Sedap tapi tak disertakan dengan garlic bread. Dalam menu pun tak ada garlic bread, hirup gitu ajelah.




Diam-diam Iman pesan sepotong kek Choc Au Lait. Flavor ni sama macam indulgence cake jugak cuma ia berbentuk segi empat.




Sk pesan Laksa Singapore. Ciri-cirinya sama macam Laksa Nyonya. Laksanya adalah laksa beras. Kuahnya lemak, ada banyak tauhu pok dan kek ikan serta tiga ekor udang yang siap dikupas. Portion di SR ni memang besarlah kan, kalau tak betul-betul lapar memang tak habislah dan itulah yang berlaku, huhuhu.




Pak Inche pesan Vietnamese Mee. Banyak kepingan daging dan bebola daging jugak.




Tapi, di SR ni tak ada steak, yang ada lambshank dan banyaknya chicken chop dengan pelbagai pilihan perapan dan sos. Iman pesan Beef Lasagna. Okeylah tu, memang makanan kegemaran dia, tak dapat steak pun tak apa. BL penuh daging dan datang bersama seketul roti bun. Puas hati Iman balik kali ni banyak permintaan dia dapat ditunaikan cuma satu aje tak sempat dan tak berkesempatan, bawa dia pergi Karaoke Ali Baba, hahahahaha.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lama tk singgah mkn kt SR...menarik nmpk laksa spore

    ReplyDelete
  2. Belum pernah dine in dekat SR... Byk juga pilihan menunya ye... Selalu kalau ke SR ni beli kek, keluar tak toleh dah kiri kanan hihi...

    ReplyDelete
  3. Anak-anak pun suka pi makan SR bila nak sambut birthday atau ada apa-apa hari istimewa yang nak disambut.

    ReplyDelete
  4. Lama x makan kat secret recipe la...menu PI tu fav SA..memang portion besar selalu x habiskan mee tapi daging dan meat ball habis..

    ReplyDelete
  5. Beef lasagna tu menu favourite anak2 saya jugak.

    ReplyDelete
  6. kalau dakPia selagi tak dapat balik lain kali mesti tuntut...
    SR ni saya suka asam laksa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!