JEMPUT-JEMPUT BAWANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


DUA malam Pak Inche tak ada rumah, datang pulak rajinnya buat jemput-jemput, nak makan punya pasal. Hari sabtu tu, lepas maghrib, terus ambil tepung gandum sebungkus, belum buka lagi tepungnya, gunting plastik tuang dalam mangkuk. Kemudian ambil bawang besar sebiji, potong dadu, masuk dalam mangkuk tepung, kentang sebiji, potong dadu, masuk dalam mangkuk tepung juga. Kemudian masukkan pulak daun sup frozen dah siap hiris, masukkan garam, gaul salut dulu semua bahan dengan tepung, masukkan telur sebiji, gaul lagi, kemudian baru masukkan air.




Tak sempat nak tunggu tepung kembang ke.. terus panaskan minyak dan campak dalam kuali, hehehe. Time panas-panas baru angkat tu la syok makan sementara menggoreng trip kedua. Cicah cili sos aje pun sedap lagi-lagi bila gigit bawang dan kentang dalam tu. Syahdu betul rupanya duduk sorang-sorang ni ya tambah lagi kalau time lapar, hahahahahah. Goreng dua trip aje, baki adunan tepung simpan dalam peti sejuk, esoknya (ahad) tu goreng lagi habiskan adunan. Bukan main banyak bancuh tepung padahal nak makan sorang aje pun. PI tak berapa makan jemput-jemput ni, lagipun dia dah dapat makan kan Stadium hoki tu.


Lepas makan, layan pulak Netflix. Sekarang ni Sk tengah layan k-drama  bersiri, Doubt. Kisah seorang pegawai polis yang menyiasat satu kes pembunuhan dan bukti yang ada menjurus pulak kepada anak perempuannya. Sk juga baru habis layan filem Indonesia, Izinkan aku menjadi dot dot dot (tajuk dia lain sebenarnya, hehehe). Doubt tu masih ongoing lagi, jadi sementara tu kena cari jugak movie atau drama bersiri lain yang best sambil lipat kain. Dah ada dua bakul tu, dalam dryer pun ada nak kena pungut malam ni, hahahahaha.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dah lama saya tak menjemput-jemput. Bila beli tepung, pakainya sikit, lepas tu rosak terbuang. Itu yang malas nak beli tepung. Agaknya kena buat macam Sk, bancuh je semua lepas tu simpan dalam peti es. Esok-esok goreng lagi. Hehe

    Sebut pasal lipat baju, saya pun ada bakul menanti tu. Ni syok je blogging 🤭

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!