Assalamualaikum WBT
TAK sangka pulak, baru semalam Sk tulis dalam post Masak Ayam Kicap, "Tak sabar nak tunggu berita baik yang akan diumumkan dalam masa terdekat", tup tup ianya diumumkan tengahari semalam. Sk kurang pasti bagi orang lain tapi bagi Sk, apabila Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengumumkan cuti hujung minggu bagi negeri Johor dikembalikan pada hari Sabtu dan Ahad, ianya adalah berita baik. Ini bermakna Sk tak perlulah lagi asyik ambil cuti hari ahad dengan alasan 'Urusan Keluarga' hahaha. Cuma tulah, itu maknanya dah tak ada lagi 'me time' di hari Jumaat, hihihi.
Pak Inche minta masakkan Sup Tulang hari ahad lepas. Sk tanya, nak sup tulang versi apa? Siam ke, melayu ke, mamak ke? PI kata, tak kisahlah mana-mana. Jadi, Sk buat yang biasa, versi melayu kot, hehehe. Beberapa hari sebelumnya pulak, salur air di bahagian yard (belakang) rumah Sk tersumbat dan salur mesin basuh pulak putus. Jadi, ganti dulu salur mesin basuh dengan salur baharu dan masukkan asid floor trap dalam lubang lantai. PI jangan disuruh, nanti dia tak fikir panjang ya, terus panggil plumber, melayang RM400. Walaupun duit dia, Sk tak sampai hati. PI ni bukan orang teknikal, setakat ganti mentol rosak tu dia bolehlah buat. Yang lain memang dia upah orang aje. Takpe, la, kita buat jer sendiri. Nanti tahun depan minta duit raya lebih sikit, huwa huwa huwaaaaa.
Jimat terus kan...hahaha...sedapnya sup tulang..sejak PZ x leh makan daging ni..memang jarang amsak sup tulang..tgok entry ni terus teringin
ReplyDeletesedap tu sup tulang ..makan panas-panas ada pula cili kicap..yummy
ReplyDeleteKalau hari hujan nikmat betul hirup sup tulang ni. Perah dgn limau nipis & ada cili kicap, dappp
ReplyDeleteBetul2 mengiurkan semua menu tu... Puas hati masak kat rumah... Jimat sikit haa
ReplyDeleteSenang dah cuti sabtu ahad kan. Sama, tak kalut nak ambil cuti hari ahad. Ada pulak yang request Jumaat half day je. Kalau dapat, beronok ronok lah kan.
ReplyDeleteTrend duit raya nampaknya isu sekarang. Semua isteri pakat mintak duit raya akan datang. hihi...
Fuhh...hirup sup panas panas dengan isi daging lembut memang nikmat betul. Sambal kicap jangan dilupakan.
Aah, dengar gak pengumuman cuti tu ...
ReplyDeletePandainya SK, kalau PH x reti juga benda² teknikal gini...
Sedapnya nasi goreng makan dgn telur rebus... Pastu hirup sup... Perghhh ...
tahniah orang johor. dah sama cuti berehat dgn kami.
ReplyDeleteLapaaar saya liat sup tulang. Jadi teringin makan SOP pula 😄.
ReplyDeleteLega dah tu kat balik satu ahad, senang kalau ada event keluarga. Nampak sedap sup Tulang tu
ReplyDelete