SELAMAT PENGANTIN BARU, MIZA & ZAQQIM

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 




SEMALAM, Sk menghadiri Jemputan Walimah dari Kak Tarmini (Kak Min) bagi meraikan Majlis Perkahwinan anaknda bongsu Kak Min, Miza dan suaminya, Zaqqim. Majlis diadakan di Ellsya Kayangan Hall, Kota Masai, Pasir Gudang.


Doa Untuk Pengantin Baru 

Zaqqim Imdad bin Ibrahim
&
Nurhamizah binti Abd Razip

Dari Abu Hurairah R.A., beliau berkata, "Adalah Nabi Muhammad S.A.W. bila memberi ucapan kegembiraan terhadap seseorang yang menikah, Rasulullah mendoakan:

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

Ertinya: Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan" (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah)




Sepatutnya, datang kenduri dengan Pak Inche tapi PI kata, beliau kena berada di Stadium Hoki Taman Daya sebelum pukul 1 sedangkan dah berjanji nak pergi kenduri ni dulu. Jadinya, Sk ajak Iman teman, tapi nak kena ambil dia kat kolej la. Dari Kangkar Pulai nak sampai UTM hampir sejam ya, gara-gara kerja-kerja penyelenggaraan jalan yang tak siap dah berminggu-minggu. Dari UTM pulak nak sampai ke Kota Masai, ambil masa lebih kurang sejam juga, dah macam nak pergi Melaka.




Masa sampai terserempak dengan Shuhaida, rakan setugas semasa mengajar di Institut Teknologi Perindustrian (ITP), Bukit Senyum. Shuhaida dah masuk kereta, nak balik, keluar semula bersalam-salaman tapi tak larat pulak nak ajak bergambar tengah panas berdenting, haha. Masa nak senduk nasi pulak tersaing dengan Fahtin, juga rakan setugas di ITP juga. Sk bisik kat Fahtin, "laparrrrrr..." hahaha. "Sama laaa...," jawab Fahtin.


Hidangan untuk tetamu tentulah Nasi Beriani dan konco-konconya.. Ayam Masak Merah, Daging Beriani, Dalcha dan Acar Jelatah. Ada Laksa Penang kot dan Mee Rebus ke, Sk tak pasti sebab tak ambil. Selain tu ada Bubur Pulut Hitam, Seri Muka, Talam Jagung, Kuih Bakar Pandan dan Samosa. Minumannya pula ada pilihan Sirap Sejuk dan Teh O Panas.




Tahniah, Kak Min.. tentu Kak Min terpaling lega selepas Miza bertemu jodoh. Kak Min bergelar ibu tunggal hampir 20 tahun jugak rasanya apabila suami Kak Min, Abang Razip meninggal dunia akibat kanser paru-paru ketika Miza baru hendak mengambil peperiksaan UPSR. Miza juga pasti lega kerana ibunya juga sudah berteman apabila melangsungkan pernikahan tahun lepas, Sk ceritakan DI SINI. Sk tak bergambar pulak dengan pengantin sebab segan, pengantin sedang bergambar atas pelamin dengan sedara-mara, hehehe.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!