MASAK AYAM KICAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


BULAN Oktober ni panjang sikit kan. Ada dalam 25 hari lagi nak masuk bulan 11. Tak sabar nak tunggu bulan 11. Tak sabar nak tunggu berita baik yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Katanya, kali ni mesti jadi. Apakah? Tungguuuuuh!




Ayam Masak Kicap atas permintaan Pak Inche, masak pada hari Khamis lepas, 3 Oktober 2024. Biasanya hari khamis PI ajak makan kat kedai tapi hari tu dia minta masak, mesti sebab ada live bola di tv. Bukanlah makan sambil tengok bola, tetap makan di ruang makan jugak.




PI kata, Iman takde barulah dapat makan lauk Ayam Masak Kicap ni. Sk kata, eh.. boleh jer, pernah aje Sk masak lauk ni masa Iman ada tapi untuk Iman ada lauk lain, telur masak kicap atau telur mabuk pun dia onz. Eh, pelik jugak anak aku ni eh, Ayam Masak Kicap tak nak, telur letak kicap nak pulak, hahah. Paling dia suka, telur mabuk... panaskan minyak, masukkan telur dua biji, tuang kicap, lepas tu godak telur bagi hancur. Pensyarah Sk la tu bagi nama telur mabuk, masa tu kitorang gi camping kat Tanjung Balau, ingat lagi, hihi.




Senang la masak ni, goreng aje ayam yang diperap garam dan serbuk kunyit sehingga masak, kemudian angkat ayam, ketepikan. Lepas tu, kurangkan minyak goreng ayam tu, tinggalkan sikit, tumis rempah 4 sekawan, masukkan kicap manis, masukkan ayam dah digoreng tadi dan sedikit air. Kemudian masukkan bawang dipotong bulat, serbuk lada hitam serta cili padi, biar merenih hingga bawang layu. Aaaaa... shiapppp!
Tags

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!