MASAK NASI LEMAK AYAM GORENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


MALAM tadi, masak nasi lemak atas permintaan Pak Inche. Tak keluar makan sebab di tv ada siaran langsung perlawanan bolasepak antara Selangor dan JDT. Sebenarnya setiap kali ada perlawanan bola live di tv kami bukan makan depan tv ke apa, tapi akan makan sebelum siaran langsung di meja makan kat dapur. Cuma macam nak kena makan yang simple aje la, supaya boleh cepat habis makan dan duduk depan tv, heheheh.




Balik kerja singgah kedai beli cili giling cap Terengganu. Boleh dipercayai la cap Terengganu ni cumanya dia tekstur sambal ni tak cantik sangat bila kita kisar bawangnya asing. Ke.. sebab Sk guna chopper. Rasa macam dah lama tak buat stok cili kisar dengan bawang. 




Telur lenggang Pak Inche buat.




Ada ayam goreng.. ni pun PI goreng.




Bahagian Sk la ni, ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng.




Nasi lemak guna santan kara kotak tiga segi tu. Sk masak dua pot supaya boleh buat bekal sarapan pagi ni. Sk masak nasi lemak wajib letak halba, halia dan bawang hiris. Dah pesan siap-siap kat PI kopekkan bawang, jadi, Sk tinggal masak aje la.




Konco-konco nasi lemak. Timun dah siap hiris tapi letak dalam esbox, lupa nak posing-kan sekali, hahaha.




Malam tadi belek facebook, rupanya ada perdebatan pasal masak nasi lemak guna beras basmathi. Kebetulan pulak nasi lemak Sk ni guna beras biasa. Sk jarang ada stok beras basmathi kat rumah. Dulu-dulu suka jugak beli beras basmathi nak masak nasi lemak tapi lama-lama rasa sedap lagi guna beras biasa, lekat santannya.




Lupa nak kukus telur sambil masak nasi semalam, jadi, ada telur lenggang aje. Ada telur pindang sebijik Angah bagi, pun lupa nak kopek sekali, hihi.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Telur lenggang air tangan PI tak sama ye dengan telur lenggang Iman buat.

    ReplyDelete
  2. kesian timun tu...dia dah rehearsal sejuk2 dalam esbok tu sekali lupa nak posingkan dia sekali. Penat je dia rehearsal

    ReplyDelete
  3. Favorit saya dan anak bungsu nasi lemak ini 😍😍😍. Tp saya jrg lihat nasi lemak pakai basmati. Rata2 yg saya beli pakai beras biasa kalo tak salah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!