Assalamualaikum WBT
NI cerita masa ambil cuti 17 September, sehari selepas cuti bertindih Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW dan Hari Malaysia. Selain dari Makan di Restoran Lesong by Johara, kami ke Midvalley Southkey sebab nak belikan Iman seterika baharu, seterika lama yang pakai dari zaman belajar di Politeknik dah rosak ngam-ngam masa akhir semester lepas. Kami ke Harvey Norman tapi Iman kata, seterika jenama dan model yang sama, harganya lebih murah di Homepro. Sk cakap beli ajelah, malas nak singgah Paradigm Mall pulak semata nak beli seterika yang sama tapi Iman kata rugi sebab beza banyak, sabar ajelah, padahal kalau dinilaikan dengan minyak kereta ulang-alik tu sama jugak.
Pak Inhe ajak mengopi di Coffee Bean & Tea Leaf. Sk tak nak kopi atau apa-apa minuman manis, kongsi aje air dorang ni. Kebetulan Sk ada beli mineral water di The News.
Iman pilihkan air yang fancy untuk PI, air Iman tak nampak dalam kamera, edit : dah jumpa gambar yang ada air Iman, heheh. Tapi, tak ingat dahlah apa nama air dorang ni, tak tengok resit. Ambil kek sepotong, tak ingat perisa apa, mango kot.. tetap tak boleh lawan Chicago Cheese Cake.
Balik kerja hari khamis, 19 September singgah Oben Restoran. Dah lama nak beli Nasi Korea kat Oben ni tapi dulu kedainya rasa macam jauh jer nak pergi. Sekarang Oben Restoran dah pindah kat Taman Pulai Flora, bolehlah singgah.. hurmmm.. kenapalah dia tak buka dekat Pulai Makmur, lagi senang nak singgah. Pulai Flora ni kena masuk dalam sikit dari jalan besar.
Dah lama teringin nak makan Korea Tepi Jalan (KTJ) by Mat Jeom yang femes kat Sungai Petani tapi tak balik kampung, kan. Bila tahu Oben pun dah jual ala-ala macam tu, tu yang Sk gagah pergi, hahaha. Sk tak tahulah kat Korea memang macam ni ke atau ini tempura Korea gaya Malaysia, hahaha. Ada macam-macam jenis tempura tapi tak sama sangatlah dengan yang dijual di KTJ, bolehlah buat raso-raso kata orang sekarang. Dia kira 4 ketul, RM10, boleh campur. Sk ambil 8 ketul, Sk dengan Iman jer pun yang boleh masuk benda-benda macam ni. Kalau PI dia lagi suka Yong Taufu, hehehe.
Ambil Topokki semangkuk. Tempura tu dia tanya, nak potong-potong ke tak, Sk jawab tak payah, sebab tak nak hilang bentuk dia. Lagipun memang dah pilihkan seketul Sk, seketul Iman bagi setiap jenis tu, kalau potong nanti bercampur dan tak tahu mana yang sedap.
Macam tu jer dah RM32, tak boleh la selalu makan macam ni, huhu.
Tempura tu cecah dalam sos topokki atau boleh minta dorang tuang terus dalam kotak tempura tu. Ynag ni namanya kimbab perisa chicken teriyaki. Sos topokkinya sedap jugak tapi kalau lagi pedas dan maniskan sikit (bukan maniskan banyak), sikit jer kasi manis dan pedas, mesti lagi kick! Kek berasnya lembut kenyal. Oben ni selalu join festival makan-makan di sekitar daerah Johor ni, kalau nampak gerai dia peminat makanan Korea wajib serbu tau!
Boleh tahan mahal ya, nampak macam sikit je tapi RM32.
ReplyDeleteSaya tak pernah makan, tak tau boleh masuk tekak ke tak 😄
coffee bean mmg fav tp sejak cut sugar tk minum air manis lama tk singgah...rindu ice blended CB
ReplyDeletekeras jugak harganya..tapi rasanya memang itulah harganya SK, kat KL lagi mahal..suka gak topokki cuma jarang makan
ReplyDeleteNak juga rasa sejauh mana enaknya dengan harganya, berbaloi ke tak berbaloi hehehee.
ReplyDeleteMemang mahal Makana Korea ini. Mungkin Krn beberapa bahan di impor dari sana kan. Dj sini pun makanan Korea yg otentik tak pernah murah.
ReplyDeleteCuma saya tak puas, Krn belum ketemu toppoki yg rasanya benar2 pedas seperti yg saya pernah makan di Seoul