MAKAN ROTI CANAI SARANG BURUNG DI HARI JUMAAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 




DIAM tak diam, dah masuk bulan ke 7 ibu kembali ke rahmatullah. Pagi ni Sk ziarah pusara ibu. Rindu sangat! Macam masih tak percaya ibu dah tak ada. Terkenang-kenang hari-hari terakhir bersama ibu di wad. Ibu cerita pagi itu ramai nurse yang bawa ibu ke bilik air, jauuuuuhhh betul bilik air tu, cerita ibu. Kemudian,  mereka mandikan ibu di bilik air yang paling hujung, sejuk betul airnya, cerita ibu lagi. Sk memang percaya ya pada mulanya, padahal tak pun, itu cuma khayalan atau sebenarnya petanda.




Semalam, ada jualan nenas di kolej. Taukenya, En Nas, yang dah ambil pesanan sejak minggu lepas. Nenas MD2 gred C, RM10/ 3 biji. Sk pesan 9 biji, En Nas bagi percuma sebiji. Pilih sendiri nak yang dah masak atau muda. Yang muda tu nanti tiga empat hari masaklah dia. Sk pilih yang muda campur yang masak.




Semalam petang balik kerja dah hantar  dua biji ke rumah Cik Ani. Balik ziarah pusara ibu, nak hantar rumah Angah pulak, tapi Angah tak ada rumah, dia pergi sarapan di restoran dekat-dekat situ jugak.  




Itulah bagusnya zaman sekarang dah ada telefon tangan. Kalau tak, mengagau la dah sampai rumah tuannya tak ada. Sekarang, bukan sahaja dah ada telefon bimbit tapi juga dah ada aplikasi waze, boleh kongsi lokasi, senang nak mencari, senang nak jumpa.




Angah, Abang Jamal dan Indah. Port makan roti canai sedap, kata Abang Jamal. Kedainya tersorok sikit di Taman Bahagia, Senai.




Angah hasut makan Roti Canai Sarang Burung. Nama aje Roti Canai Sarang Burung tapi burungnya tak ada, yang ada telur ayam dan daging lembu masak kari, hihi. Sedap kuah karinya, daging pun empuk, roti canai gebu, memang sedap sangat.




Abang Jamal macam gitulah dia, lepas minum di kedai, yang gantung pun kena ada bawa balik, buat minum kat rumah, hehehe.




Kedai Makan D'Surau, kedudukannya betul-betul depan surau Taman Bahagia, Senai. Selain roti canai, ada juga lontong, nasi lemak, nasi kerabu dan nasi campur. Nanti kita repeat ya!

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedih pulak saya baca kenangan hari terakhir Sk dengan ibu. Moga Allah merahmati roh ibu Sk.

    Kenyang sungguh makan roti canai tu, telur je dah 2 biji, daging lagi.. 😀

    ReplyDelete
  2. Al fatihah....semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman....aamiin

    ReplyDelete
  3. Semoga roh ibu SK tenang di sana.
    Roti canai sarang burung tu cantik sungguh!

    ReplyDelete
  4. lebih kurang arwah mak kak ana juga, bila dalam wad sebelum meninggalkan pelbagai ilusi arwah bercerita sebenarnya dia di atas katil sahaja, semoga ibu-ibu kita semua di tempatkan di sisi hamba-hambaNya yang solehah, aamiin

    ReplyDelete
  5. Nanti kena bawa PI la ke port baru ni SK :)
    En suami pun ada bawa balik nenas dari Johor last week. Kita sedekah je jiran², sbb adik beradik semua jauh nun di Kedah :D
    Al fatihah utk bonda kita, semoga ditempatkan di kalangan para solihin hendaknya 🤲

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!