MAKAN DI ADAM'S KITCHEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


KHAMIS hari tu (26 September), Pak Inche ajak ke Taman Molek. Nak bayar bil astro. Aduyai, mana ada lagi orang bayar bil dekat mesin jaman now. Semua orang bayar online. PI ni memang oldskul ya, satu kepuasan bagi dia masukkan duit dalam mesin dan tengok mesin tu telan duit sekeping-sekeping agaknya, hahahaha.




Teringin nak makan Bubur Nasi yang femes kat Taman Molek tu tapi PI ni dia tak nak. Dia ni kan macam seorang yang kalau dia guna brand tu, dia tak nak brand lain. Contoh, kalau ubat gigi dia nak brand Colgate. Darlie ke.. Freshwhite ke.. Zaitun ke, dia tak mahu. Jadi, kalau bubur tu, dia nak jugak Bubur Nasi No 1, dia tak mahu yang lain, hahaha. PI ajak ke Adam's Kitchen di TD Point (Taman Daya). Rupa-rupanya AK cawangan TD Point ni dah direnovasi, besar dan cantik, terang-benderang di ruang dalam restoran tapi PI macam selalulah, mananya dia mahu duduk dalam.





Carrot Cake Goreng untuk Sk. Sedap, tapi Sk makan carrot cake-nya jer. Rencah-rencah tu agak masin bagi Sk, mungkin banyak udang kering kot.




PI makan Mee Kolok. PI kata rasa dia macam nak sama dengan Mee Kolok Eleven Kitchen cuma kekurangannya di sini tak ada sambal cili. Kelebihannya pula di dalam sup ada dumpling.




Roti bakar wajib ada la untuk PI.




Chee Cheong Fun, sedap, sosnya tak masin.




Favourite Iman, Salted Egg Bun.. tapi Iman tak ada, terpaksalah Sk makan dua biji, PI tak nak.. dia tak suka. Sebiji lagi Sk bawa balik, bungkus tisu aje, hahahaha.
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Haha, siap tolong makankan utk Iman!

    ReplyDelete
  2. Untung SK tolong makan kan untuk Iman..mee kolok tu nampak sedap..lama x makan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!