MAKAN DI WARUNG PAK MUS

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 




MALAM tadi, Pak Inche ajak makan kat luar tapi dia pun tak ada idea nak makan kat mana? Sk cadangkan kami ke Warung Pak Mus, lama tak makan Mee Goreng Warung Pak Mus. Susah pulak dapat parkir semalam sampai pusing dua kali.




Sk pesan Mee Goreng Udang. Ada lima ekor udang di sebalik dalam mee. Dah beberapa kali datang sebelum ni Mee Goreng habis dan cuma dapat makan Mee Bandung. Lama tak makan rasa sedap nau nau, kalau selalu makan jadi muak nanti. Mee dia kenyal-kenyal, bahan tumis tu meresap betul pada mee cuma kulit udang tu melekat dengan isi udang.




Pak Inche makan Mee Bandung. Masa adik tu ambil pesanan, dia tak tanya pun nak Mee Bandung Daging atau Udang tapi yang datang ni ada kedua-duanya, udang dan daging. Mungkin sekarang dia dah standardkan masakan mee bandung. Udang yang dimasukkan dalam mee bandung berbeza dengan mee goreng Sk tadi. Udangnya besar dan kulitnya lekang terus bila ditarik dari isi. Kepala udang pun masih kukuh lagi dengan badan udang, hehehe. Sedap kuah mee bandung, PI menghirup sehingga ke titisan terakhir. 


Oh, kalau ada orang hantar otak-otak ke meja, korang kena makan tau sebab otak-otak dia besar dan sedap, pandai bakar pulak, elok garing dan tak melekat pada daun. Lupa nak ambil gambar otak-otak sebab memang biasa tak ambil gambar pun kalau makan otak-otak, hihi. Otak-otak sebakul 5 keping (RM6). Puas hati sebab isinya banyak. Sate dekat sini pun sedap tapi semalam tak pesan sate.




Walaupun papan tanda tulis Restoran Pak Mus, lagi suka panggil nama asalnya, Warung Pak Mus. Pak Mus pun dah habis tebar roti canai semalam, macam biasalah, kalau datang dah malam, roti canai dah wassalam. 


Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lama tak makan otak²... Makan panas² sedap betul... Sementara nak tunggu pesanan makanan sampai, mau habis juga sebekas yg diberi tu..anak² suka

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!