MAKAN NASI KANDAR BERATUR 786

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


BILA baca komen yang ditinggalkan Puan Hazel dalam post Menginap 3H2M di Sunway Hotel Butterworth, baru perasan dan teringat bahawa nama tempat sebenarnya adalah Seberang Jaya. Jika ikut alamat hotel, daerah Perai. Maaflah, Sk agak kurang mahir tentang nama-nama daerah di Pulau Pinang, kita orang Johor, kan. Samalah jugak dengan orang dari negeri lain yang pernah Sk baca, dia ingat Mersing tu kat Johor Bahru, ah.. gitu.




Bersambung kisah ke Pulau Pinang baru-baru ini, pada mulanya Pak Inche rancang, malam lepas habis rancangan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), kami akan menaiki jambatan ke pulau, makan Nasi Kandar Beratur. Lama tak makan sana, kan.. tapi, masa balik dari Kuala Ketil, Sk nampak Nasi Kandar Beratur 786 ni betul-betul bersebelahan dengan hotel, kena seberang jalan sikit jer la. Sk cadangkan kami ke sini sajalah, namanya pun nasi kandar beratur jugak, cuma ada nombor 786, hehehehe. PI pun agaknya dah penat jugak, dia pun setuju, lepas ABPBH la, dia kata.




Tak sempat tunggu ABPBH habis pun ya, rasanya tak sampai 10 minit ABPBH tu mula, PI kata, jomlah pergi makan, hahaha. Maaf, Sk tak ingat waktu sebenar kami makan ni sebab handphone Sk tertinggal, dah sampai restoran nak ambil gambar lauk kat kaunter baru sedar handphone tak bawa. Kaunternya bersih dan teratur, tak ada kuah percik sini-sana dan jockey semua bukan mamak atau India. Bila dengar mereka cakap, loghat Penang dia pelik, jadi kita dah tahulah, bukan Malaysian. Mungkin pekerja Indonesia. Sopan jer cara mereka melayan pelanggan. Satu yang Sk kurang gemar kadang jika nak pilih lauk di Restoran Nasi Kandar ni, muka dorang serius eh, tak mahu senyum, macam sombong pun ada, garang pun ada. Kadang kita dok la hafal skrip nak pilih lauk apa, sampai dekat dorang kita mampu sebut kuah campur dan ayam goreng aje, hahahaha.




Pinggan PI yang atas, lauknya ayam goreng, sayur kubis dan telur rebus. Sk pulak pilih telur sotong dan telur masin serta sayur kubis dan cili hijau. Sebenarnya tamak jugak nak ambil bendi tapi tak jadi. Nak ayam goreng pun tak jadi sebab telur sotong tu pun dah banyak dan Sk tengok ayam PI besar, jadi kita ngendeng ayam goreng PI jer la. Tu takpe, teringin pulak makan nasi kandar dengan teh tarik, melampau betul, hahahaha!




Gambar pinjam kamera handphone PI la. Bagi Sk sedap dan tidak mengecewakan. Boleh repeat!




Harga berpatutan. Bila Sk post di fb, ada seorang rakan fb beritahu, beliau pernah makan NKB786 ni di cawangan airport. Sedap dan yakin nak makan sebab rakan fb Sk tu, ustaz ya. Masa Sk datang ni pun boleh tahan ramai jugak pelanggan walaupun berhampiran ada kedai nasi kandar mamak yang lebih senior.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nasib baik tak panjang beraturnya kat nasi kandar beratur ni ya....

    ReplyDelete
  2. kalau tak ada orang pun kena beratur gak la ye hehe, sedapnya telur sutun tun SK

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!