KARI SOTONG, AYAM GORENG & SIAKAP STIM NYONYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


PAGI ini di kolej, berlangsung program Ambang Merdeka anjuran Kursus Diploma Pentadbiran Sistem Maklumat Tahap 4 dengan penyertaan oleh semua pelajar dan staf. Antara acara program adalah ceramah dari Pengarah Arkib Negara Negeri Johor, pertandingan pakaian beragam dan pertandingan nyanyian lagu Patriotik. Sebaik pertandingan pakaian beragam selesai, Sk keluar dewan. Malas nak tunggu sampai penyampaian hadiah, hehehe.


Ni cerita minggu  lepas, masak sotong yang dah rendam tapi tak jadi masak sebab pergi makan kat Ghanim Seafood Restaurant. Tu mujurlah sotongnya tak sumbat semula dalam freezer, jadi gagahkan jugak masak kari, hihihi.


Iman kata, ayam goreng sedap kali ni. Adakah maknanya selalu tu tak sedap? Hahaha. Goreng ayam ni guna minyak lebihan goreng pisang. Nak buang rasa caramel dari pisang tu, Sk masukkan daun kari. Tu yang jadi sedap agaknya, rasa caramel dari pisang dan aroma daun kari, hehehe.


Sebab utama paling gigih nak masak ni la, ikan siakap stim nyonya yang kami tapau dari Ghanim Seafood sebab lambat dan kami pulak dah kenyang. Mengenangkan esok tu Iman dah balik kolej, kesian pulak dia tak dapat makan ikan ni nanti padahal dia yang request masakan nyonya tu. Kalau ikut tekak PI, nak siakap goreng Hong Kong.


Asalnya nak masak dua lauk, tapi sebab ada ikan ni jadi tiga lauk, hehehe. Ikan tu Sk kukus semula dalam pengukus elektrik. Pengukus tu besar jadi senang boleh muat terus bekas tu. Tu pun risau jugak kalau bekasnya bocor ke apa nanti masa kukus. Alhamdulillah, selamat dan kenyangggg semua anak-beranak.


Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. bila tengok video org guna pengukus letrik yang besar gedabak tu, sellau teringin nak beli. tapi lepas scroll video lain terus lupa. maka kita guna jelah pengukus legend tu

    ReplyDelete
  2. kak ana nampak tajuk kari sotong SK terus singgah mai kut dapat semangkuk haha :)

    ReplyDelete
  3. Kita nyer pengukus pun sama legend macam Ammi nyer..zaman mak2 punya....puluh tahun dh umurnya..sedapnya sotong masak kari ..kita x pandai masak sotong kari..pwenah buat tapi sotong jadi getah...liat..hahaha

    ReplyDelete
  4. Patutle ayamnya sedap sebab ada campuran rasa caremel dan daun kari. ngences ooooo tgk

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!