Assalamualaikum WBT
KISAH Jumaat lepas, lepas kerja balik rumah, ambil Iman, kemudian kami pergi makan, sekali lagi Sk pilih Restoran Padi House di Taman Laman Setia. Rasa macam banyak menu nak kena explore, haha. Satu lagi, esoknya tu dah hujung minggu, kan, Sk nak mengelat cicah roti dengan kopi, huhu.
Dari hari tu mengidam nak makan roti bakar dan mengopi di RPH. Set ni boleh pilih sama ada kopi atau teh tarik. Selain roti bakar (kaya butter), boleh pilih roti telur (egg toast) bersama kaya.
Sedap betul hirup kopi panas.
Roti Bakar ni single, memang sekeping ni dia tak kerat dua.
Iman makan nasi goreng tomyam (Thai Style Tomyam Fried Rice). Tengok nasinya macam dia sukat dalam mangkuk besar, selambak ya dalam mangkuk tu. Iman pun tak daya nak habiskan.
Ginger & Onion Beef Hor Fun. Sk baru perasan tajuk menu ni ada onion. Patutlah masa makan tu pelik, kenapa ada bawang-bawang, hihi. Ni sedap makan dengan cili padi potong.
Kalau makan berdua jer ngan Iman, semua dah terhidang baru kami makan, hihi. Kalau ada PI, memang tak sempat, belum apa-apa dia dah ngap, hahaha. Eh, termengata laki sendiri pulak, hahaha.
Jempuitttt!
Tenang rasa makan kat sini. Kena datang berkali-kali tu banyak lagi nak explore menunya. Porsi besar tu okay sangatlah tapi nak menghabiskan tu tak daya lah juga. Tersedak PI ada orang mengata dia. hihi...
ReplyDeleteCozy tempatnya...x ramai orang ye SK..makanan pun nampak sedap...eh..siyes la banyak tu nasi goreng tu..besar portionnya
ReplyDelete