MAKAN DI HOCK KEE KOPITIAM LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 



ULANG makan di Hock Kee Kopitiam, Eco Botanic. Iman nak makan Laksa Johor. Masa ni, PI takde, ada bola kat Stadium Sultan Ibrahim (SSI).


Baju belang for life. Dua kali datang, dua kali pakai baju belang. Dalam blog ni eh, memang banyak la gambar berbaju belang. Asal baju belang ambil gambar. Asal ambil gambar pakai baju belang, hehehe. Iman ada banyak koleksi baju belang, hitam putih, biru putih,  hijau putih, maroon putih, kuning putih, hahaha. Dia sama dengan PI suka baju belang. PI kata, Danish The Manish.


Craving Laksa Johor lepas jamah Sk punya LJ yang datang sebelum ni. 


Siapa datang JB dan nak makan LJ, Sk cadangkan LJ di Hock Kee Kopitiam atau di Serambi Uda, dua-dua sedap. Rumah Tengah pun sedap tapi portion dia kecik, huhu. Ruma Tengah pulak buka lepas pukul 6 petang, lambat.


Sk pulak teringin nak makan Chicken Grill. Sk pilih sos mushroom. Dalam sos tu ada cendawan segar dua jenis jenis.


Makanan kat sini portionnya besar, sesuai la dengan regenya.  Berpatutan bagi Sk. Kalau jenis yang tak makan banyak, bagusnya berkongsi. Tapi nak kongsi ni, selera kenalah sama, ya tak?
Macam kami, memang jenis makan banyak, hahaha.


Roti bakar baru sampai, kita snap pic dari atas lagi sekali. Untuk PI kita tapaukan Kueyteow Goreng, PI kata, sedap. Burppp.. Alhamdulillah. 


Tak tahu la kenapa muka Iman jadi bercapuk-capuk macam tu. Agaknya pantulan cahaya dari cup stainless steel yang letak sos chicken grill tu, hahaha.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!