Assalamualaikum WBT
MASIH lagi berada di luar kawasan. Bagi memastikan kesinambungan belog, marilah kita menaip sepatah dua kata, heheheh.
25 Julai 2025, masak Kari Ayam 1/2 ekor, bubuh kentang 3 biji. Kari ayam Sk letak santan. Rajin masak sebab parah jugak asyik makan di luar. Dahlah penat nak bersiap, maklumlah, orang pompuannn. Lain la PI, sup sap sup sap, tiga kali sarung aje dah shiap!
Dulu-dulu rasa masak kari ayam paling susah, rupanya paling senang. Panaskan mintak, tumis empat sekawan, tumis bawang dan halia dimayang, masuk rempah kari, tumis sampai terbit minyak, lepas tu tambah air, dah boleh masukkan ayam dan kentang. Ayam dah empuk, masukkan santan, asam keping dan garam.
Masak kari ayam wajib ada ayam goreng la ya. Ayam ni kidnap dari ayam setengah ekor yang masak kari tadi, Sk perap dengan serbuk kunyit, serbuk cili, rempah kari dan garam, tu yang macam gelap sikit warnanya.
Memang sengaja masak kari tu lebih supaya boleh diulang, tinggal masak nasi. Dah jimat tenaga dekat situ.
Esoknya tu masak Sambal Daging pulak. Ada lebih ngam untuk bawa bekal ke pejabat, Sk kukus telur dua biji sambil panaskan nasi. Bawah sekali nasi, tenggek pengukus atas periuk nasi, letak sambal dan telur dua biji. Yang ni bukan saja jimat tenaga, tapi jimat wang juga. Maaf, masa dah siap masak sambal daging, malas nak ambil gambar, hehehehe.
Kalau dah master di dapur. Sup sap sup sap dah siap dah. Lauk kari ni masak lebih pun takpe kan. Banyak jimat dah. Jimat masa dan tenaga. Tinggal olahkan je nanti.
ReplyDeleteSepatah dua kata biasanya lebih 100 baru noktah hihihiii.
ReplyDeleteMasakan kari kalau dipanaskan semula, rasa mesra cukup rasa kuahnya.