Assalamualaikum WBT
PAGI ini Iman ada temujanji servis kenderaan. Tiga kali servis tiga kali Iman bertukar tempat. Kali pertama di Perodua Bandar Baru Uda. Kali kedua di Perodua Taman Anggerik Emas. Kali ketiga ni, dia buat temujanji di Perodua Nusa Idaman pulak. Perodua Nusa Idaman ni masih baru lagi. Tip top sungguh layanannya ya.
Waktu temujanji jam 9 pagi dan macam biasa kena datang 15 minit awal. Iman gerak dari rumah, Sk gerak dari office dan janji bertemu di Perodua, sebab plan nak sarapan sekali. Hari-hari biasa Sk sarapan di meja pejabat jer tapau dari kantin atau bawa bekal. Sekali-sekala kita tukarlah angin makan di luar. Repeat makan di Klasik Kopitiam @ Medini Iskandar Puteri la kita sebab dekat dengan pusat servis.
Walaupun hati meronta nak makan lontong, tapi Sk kawal perasaan itu. Kali ni Sk ambil nasi lemak daun pisang.
Iman ambil kuih popia dan samosa kentang di kaunter kuih. Kuih- muih dan makanan layan diri lain yang kita ambil, boleh dimasukkan dalam list order semasa membuat pesanan menggunakan kod QR atau boleh jugak jika nak sebut masa bayar di kaunter. Memang Klasik Kopitiam ni menaruh sepenuh kepercayaan kepada pelanggan.
Bila Sk buka bungkusan nasi lemak, rupanya tersalah ambil, la. Sk ingatkan semua nasi lemak daun pisang letak telur rebus. Tapi, boleh jer la, dah rezeki hari ni makan telur dadar, hihi. Nasi lemak hari ni macam tak berapa umph sangat. Ialah, kita pun kadang-kadang ada masa masak tak berapa nak sedap kan, haha.
Iman pulak bertekad nak makan lontong. Jadi, walaupun dia tergoda tengok bungkusan nasi lemak Sk, dia kuatkan semangat tunggu lontong dihantar ke meja. Memang tak menyesal la makan lontong. Iman kata, rasa dia macam lontong raya. Sampai licin mangkuk Iman hirup kuah lontong (lodeh) tu. Sampai masa perjalanan nak ambil kereta kat Perodua tu pun, Iman kata, masih teringat-ingat sedapnya lontong tu. Hurmmm, aci tak kalau hari-hari pergi Klasik Kopitiam semata-mata nak makan lontong dia, ek? Hahahah.
Eh, Sk baru tahu (Cik Ani yang bagitahu) Klasik Kopitiam ni sebelum ni
Pak Din Kopitiam. Mereka pindah tempat dan tukar nama sekali.
Roti bakar wajiblah pesan jika makan di kopitiam. Dekat sini ada dua jenis roti bakar iaitu roti keping dan roti bun. Disebabkan habis makan tu dah pukul 10, rasa macam tak nak makan tengahari jadi Sk bercadang untuk keluar beli makanan awal petang. Tengoklah sama ada pergi beli kuih-muih atau goreng pisang di BBU atau beli makanan vendor di Syurga Dessert. Tapi tiba-tiba ....
bersambung...
Okaylah bonda order nasi lemak, haritu dah melontong kan. Tersilap telurlah pulak, ada pulak telur rebus dan telur dadar. Nasib baik Iman order lontong, dapat juga makan lontong sekali. Tudiaa licin habis Iman makan. Sedap betul-betul tak tipu tu. Of course lepas ni akan repeat lagi, kannn...
ReplyDeleteBonda Iman tu kan kipas susah mati lontong...aunty SA je x reti2 lagi makan lontong..hahaha...
ReplyDelete