Assalamualaikum WBT
YA AMPUNNNN.. tempoh perjalanan pergi office pagi ni dah boleh sampai Melaka, ya. Cuma arahnya sajalah yang lain. Dari susur keluar Taman Pulai Mutiara nak masuk ke jalan Setia Eco Bussiness pun dah melekat sampai tak bergerak. Ikut hati nak aje patah balik ke rumah tapi mengenangkan baki cuti tahun tak banyak, Sk bertabah aje la tekan minyak, tekan brake, tekan minyak, tekan brake. Tu takpa, perut pulak tiba-tiba memulas, huhuhu.
Ahad, 3 Ogos 2025, duduk rumah satu hari selepas lima hari berkelana ke utara. Pagi tu, PI keluar beli sarapan nasi lemak dan roti canai, jadi petanglah baru masak dan makan. PI mintak masakkan Sambal Sotong.
Iman cakap, asyik masakkan lauk (kegemaran) babah jer. Jadi, Sk masakkan la lauk kegemaran Iman, Udang Masak Lemak Cili Api. Sebenarnya dia minta ayam goreng MLCA tapi nak defrost ayam lambat, kan. Jadi, kita masak udang.
PI goreng telur kicap. Berkicap Sk tengok rupa telur dia.
Jadilah tiga lauk. Sotong tu pun baru beli pagi tu, tak masak sotong yang sedia ada sebab yang tu dah jadi batu, lambat jugak nanti nak defrost sebab last minute buat keputusan nak masak. Kalau ikut malas, nak jer makan kat kedai tapi lagi malas nak bersiap, hehehehe.
Sotong ada, udang ada sedapnya lauk SK... Ada pulak tu telur kicap š
ReplyDeletePH pagi tadi pun menyumbang kpd kesesakan lalu lintas juga, keluar pergi market time org nak hantar anak sekolah, pegi kerja... Mendapatlah š
Nak tak nak, menuju ke tempat kerja lah terus kan. Terpaksalah hadap jem yang lama tu. Betul-betul, malas nak siap lagi rajin sikit nak masak. Masak apa yang mudah je janji kenyang sudah. Masing-masing nak request lauk favourite, layankan je. Lauk colourful ada merah, kuning dan hitam. Semua sedap-sedap tu.
ReplyDelete