MASAK AYAM SAMBAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 



MASAK Ayam Sambal ni kelmarin, memang dah beberapa kali PI sebut nak makan Ayam Masak Sambal. Dahlah cili giling habis, malas betul rasa nak masak sebenarnya tapi kita masak aje la, malas nak membantah. Eh, banyak pulak penggunaan perkataan malas kat sini, hahaha.

Yang tak sukanya masak ayam sambal ni, ayam tu nak kena goreng dulu, kiranya macam dua kerja nak kena buat. Ayam ni Sk goreng tiga suku masak sebelum disambalkan.



Tup tup, PI pulak bawa pedal ayam minta goreng. Dia tak faham ke kita tengah malas ni?


Ayam masak sambal dan pedal ayam goreng. Kalau tak ada pedal ayam ni, mungkin Sk goreng telur bubuh kicap. Iman pulak tak makan organ-organ ayam ni.


Esoknya (semalam) bawa bekal lauk yang sama. Ni tak rajin nak pergi kantin beli sayur. Sejak isnin Sk tak beli makan tengahari, sebaliknya beli makanan sarapan, makan sikit pagi, lebihnya makan tengahari. Bunyi macam nak berjimat ek, hahahaha.



Ayam tu ada empat ketul, Sk ingat mampu nak habiskan semua, tapi tak. Makan dua ketul aje, selebihnya masuk peti sejuk. Pagi tadi pergi kantin, beli nasi impit 6 ketul dengan sambal goreng. Sarapan Sk makan dua ketul nasi impit, lagi 4 ketul makan tengahari sekali dengan baki ayam sambal tu. Pagi keluarkan jer ayam dari peti sejuk letak pada suhu bilik. Alaaa.. sama aje kalau bawa bekal dari rumah pun, tengahari masa nak makan dia jadi suhu bilik jugak, hehehe.
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ya Allah, sebab tu lah ammi ni jarang buat sambal ayam bagai sebab kena goreng dulu. Malas betul nak hadap percik2 ni.

    ReplyDelete
  2. SA suka buat sambal ayam goreng..selalu buat lebih utk bekal...tapi part paling best mesti la thigh, drumstick, drummet, wings yg daging2 x berapa best kan...dapat part leher pun ngam...

    ReplyDelete
  3. Kalau tak ada cili kisar tu auto dia jadi macam malas tapi dalam masa yang sama kena rajin sebab encik suami request. Orang dah request tak sampai hati pulak tak masak kan. Ayam sambal ni kena goreng baru sedap, kena jugalah berleceh sebab nak sedap. Kang tak berselera makan. Saya geng iman, tak makan organ dalaman. Tak ada telur goreng pun okay je satu lauk, janji ada ulam-ulaman gitu. Haha..jimat dan malas seiringan kot, malas nak jalan makan je apa yang ada gitu konsepnya. Makan dengan nasi impit pun sodap ha...Berulang makan lauk sama selagi tak habis dan tak basi apa ada hal kan. Banyak pulak dramanya. hihi...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!