MAKAN MALAM NASI BERLAUK MEKRAA

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


15 Mei 2025



CERITA tertinggal keretapi ni, hehehe.  Sk tak masak (tak ingat sebab malas atau bawang habis, hehe), PI belum makan nasi hari tu dan PI kata, ada kedai nasi berlauk malam di Kempas. Kami guna waze, lepas pusing-pusing, tahulah waze ni kan, suka cilok sana-sini, laaa.. bukan dekat Kempas tapi dekat Bukit Aliff. 


Malam tu hujan gerimis, macam acah-acah. Kerusi meja disediakan di dalam restoran tidaklah banyak,  jadi kami pilih duduk di kaki lima. Suasana tu agak tak selesa jugaklah untuk orang yang dah berumur macam kami ni sebab tempatnya tak rata dan sempit dengan orang lalu-lalang.


Setiap lauk ada tanda harga dan akan dicedukkan oleh pekerja. Kita tunjuklah lauk pilihan kita.


Kari Ayam, bendi dan sambal belacan. PI ambil kari ayam jugak. Tak ingat kena berapa tapi taklah mahal sangat. Masakannya pun sedap yang biasa-biasa tapi bagi Sk okey. Ni la sekali datang sini lepas tu tak ada pulak PI ajak-ajak lagi, hihihi.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kat Lipis pun ada 1 kedai nasi berlauk buka sampai malam. tak pernah try lagi.

    ReplyDelete
  2. Nanti kita pencen kita nak meniaga macam ni la..area rumah kita tu x ramai orang jual nasi campur..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!