JALAN² DI PADANG BESAR & MAKAN DI RESTORAN TERATAI THAI FOOD

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 



SELEPAS check out di Grand Alora Hotel, Alor Setar, kami terus menuju ke Padang Besar. Sampai sana tu dah tengahari, tengah panas pulak tu. Waktu untuk check in homestay lambat lagi jadi kita jalan-jalan dan lunch kat sini dulu. 


Dah dua tahun tak datang sini, nampaknya dah ada perubahan. Tapi bangunan arked lama tu masih ada lagi. Kita jalan-jalan tempat baru la, jom! Kali terakhir datang sini tiga tahun lepas, boleh klik old post di bawah


Dekat sini suasananya lebih santai, nak berjalan pun lapang. Disebabkan kedudukan agak tinggi di atas bukit, agak berangin walaupun cuaca panas berdenting.



Kaki lima lebih luas, tak perlu jalan mengiring atau berlaga lengan dengan orang lain. Teringat dekat arked lama tu kadang sampai jammed, hahaha.


Ada tempat berehat disediakan di tengah-tengah kawasan lapang ni, tapi panas uiii.. lebih rela berjalan dari melepak kat sini.


Hari bekerja, tu la tak ramai. Kalau datang hari minggu, tak tahulah macam mana keadaannya kat sini. Kalau dekat arked tu memang berhimpit la.


Elok bawangggg.


Kekacangggssssss. Semua dah tak murah ya sekarang. Dulu dulu dulu baru RM10 sekarang doploh lima hengget!



Cantik nak bergambar ootd.


Kedai Kak Nab


Panas-panas sedap betul sedut air gas.


Aiskrimmm, tapi ni contohhhhh.


Hari tu Blogger Azhafiza cerita susah betul nak jumpa Kuah Rojak Namplawan, kan.. sini banyakkkk.


Miang Kham, RM5 sebungkus, beli 3, RM10. Sk beli satu jer, siapa nak makan banyak-banyak. Beli tu sebab Iman dah pandai makan, nak makan kat homestay la kononnya. Tapi sudahnya, dah balik Johor baru sempat makan, hihi.



Plaza Niaga, ni pun bangunan baru jugak. Border Kitchen terletak dekat sini, kami jalan sekejap jer kat sini lepas tu naik atas balik. Barang-barang yang dijual pun lebih kurang sama aje. 


Naik atas balik tu sebab nak makan. Iman kata, Teratai Thai Food ni viral kat TT.


Pesan Kerabu Mangga. Mangga muda tu disagat pendek-pendek. Kalau tengok pada rupanya, ia bukan disagat tapi dipotong memanjang macam tu guna pisau. Tu takpa, dia letak daun basil pulak, tak pernah jumpa kerabu mangga letak daun tu jadi ia menghasilkan rasa yang sedikit lain la dari yang biasa kami makan. Ni tak habis, kami tapau la yang tak habis tu.


Cakap nak sayur chap chai, dia tak tahu ya. Bila kita sebut sayur campur, baru dia tahu. Dia tak panggil Chap Chai. Orang Perlis, bukan orang Thai ni. Sk tak pasti memang kat sana tak panggil Chap Chai ke. Banyak campuran sayurnya seperti kailan, putik jagung, cendawan dan lobak merah. Ada udang jugak dalam sayurnya.


Minta telur dadar dua keping, ni dia satukan dalam satu pinggan.


Sambal belacan, timun dan salad. Dia guna timun Jepun. Sambal belacan sedap.



Tomyam Seafood. PI mintak buat tomyam putih. Rasa tomyam dia biasa-biasa aje la. Iman kata, baru nak mintak tomyah merah sebab kat situ dorang kata tomyam merah dia sedap, letak susu cair. 


Siakap Tiga Rasa. Ni sekor RM50, bapak mahal, hahahaha. Kat kedai tomyam JB baru RM38. Ikan pun taklah besar tapi tak habis makan jugak. Biasa Sk boleh ratah jer dekat bahagian bawah kepala tu (tak tahu apa nama bahagian ni. Tapi bila Sk buka bahagian ni nampak ada urat-urat hitam, tu tahulah darah ikan tu dia tak tarik dan cuci sampai bersih, terus tak jadi Sk nak ratah.



Sotong Goreng Tepung ni sedap. Kalau kat kedai tomyam susah nak jumpat tekstur goreng tepung macam ni, biasanya banyak yang macam jemput-jemput, hehe. Tapi, walaupun sedap, tak habis, bungkus la, sayang sebab sedap.


Kami ni jarang la nak singgah makan kat Padang Besar ni, rasa ada sekali dua aje kot makan kat restoran bawah tu. Kadang-kadang lalu tempat-tempat makan, selalu tengok orang makan tak habis. Terfikir, tak sedap ke orang makan tak habis. Rupa-rupanya bukan tak sedap kot, tapi agaknya terlalu penat ya. Penat berjalan sampai hilang selera nak makan. Bayangkan kami yang jenis makan licin ni pun tak habis makan. Ni total semua dalam RM100 belas-belas, lupa resit campak mana, nanti Sk tepek na kalau jumpa.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dah cantik kawasannya. Dulu tak macam ni. Balik Kedah nak kena singgah la sini.

    ReplyDelete
  2. Wah, dah lain betul rupa Padang Besar ni tak macam dulu. Nampak sangat dah lama tak jejak sini. Okaylah tu cuaca panas tapi sejuk. Uishh..ini kalau saya pergi, angkut berbekas-bekas rojak namplawan tu. Susah nau nak jumpa. Kat sana melambak kan, sebab dekat dengan Thai. Miang Kham tak pernah makan, teringin juga nak rasa. Alamak, pelik lah pulak letak basil dalam kerabu mangga. Potong betullah nak makan. Biasa tomyam putih sana sedap lagi kan, kurang pulak ye. Tomyam letak susu sedap, memang betul Thailand style. Aduh, kalau cuci tak bersih tu nak ratah pun tak berselera sudah. Beza betul harga barang dulu dan sekarang. Nak buat macamana kan, harga barang semakin menaik.

    ReplyDelete
  3. ye la nampak mangga tu macam dihiris2 potong ngan pisau, kalau campur daun basil memang pelik la rasa dia kan...alaaa...x best plak ye makan- makan kat sini...macam pricey pun ye gak..maybe sebab dia tau orang luar kot..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!