Assalamualaikum WBT
KEMBALI lagi dengan ole-ole dari Alam Sari Di Tanah Jauhar tapi kali ini bukan ole-ole dari Selatan la ya. Kali ini, Sk nak bawa pembaca ke Rumah Makan Nasi Talam Taiping yang terletak di negeri Perak Darul Ridzuan.
Setiap kali ke utara selalu terasa nak makan di kedai seumpama nasi talam ni. Tak silap Sk ada dua kedai nasi talam, satu di Taiping ni dan satu lagi di Kuala Kangsar. Tapi tu la, selalu macam tak kena waktu, sama ada masih kenyang lagi makan di tempat sebelumnya atau kedai tak beroperasi.
Di Rumah Makan Nasi Talam ni, lauk-pauknya dihidang mengikut set. Sebaik sahaja masuk, dah boleh nampak kaunter ni dan boleh terus buat pesanan di sini.
Boleh tengok gambar
Set Talam Siakap Bakar Bumbu Padang
Set Talam Kambing Bakar Bumbu Padang
Set Talam Sotong Bakar Bumbu Padang
Set Talam Ayam Bakar Bumbu Padang.
Tengok nama-nama set talam, fahamlah Sk, kedai ni menghidangkan masakan Padang atau Sumatera (Indonesia). Yang bagusnya, bukan sahaja pelanggan boleh rujuk gambar pada banner untuk memilih, tetapi mereka juga ada rupa hidangan yang sebenar.
Siakap Bakar Bumbu Padang
Ayam Bakar Bumbu Padang
Kambing Bakar Bumbu Padang
Set yang ini Sk kurang pasti yang mana satu. Dalam set ni nanti ada lauk lain la macam kari, asam pedas atau sup. Masalah kami ialah, kombinasi set tu ada yang tak kena dengan selera PI. Mujurlah boleh bincang-bincang tukar lauk lain.
Lepas pilih lauk, bolehlah duduk di meja menunggu hidangan dihantar. Dalam 7 minit, mereka hantar nasi dalam bekas cantik ni.
Tiga minit kemudian, semua setalam lauk sampai ke meja. Kami pilih set Ayam Bakar Bumbu Padang.
Dalam set ni ada Ayam Bakar, Ulam salad, kubis dan timun, sambal belacan, urap, telur berlado, ikan kering, sambal tumis ikan bilis dan tempe serta Asam Pedas Ikan Siakap. Yang ni dia buat untuk 3 orang makan, RM69 termasuk sejag minuman (Teh O Ais/ Sirap Ais).
Kalau ikut set asal, asam pedas tu kari. Lepas bincang-bincang, kita minta tukar asam pedas. Asam pedas dia rasa macam asam pedas ikan kat Restoran Hajjah Mona (Melaka) dan letak daun kunyit.
Rasa masakan dia tu tak buat kita rasa nak repeat. Sk rasa bukan sebab rasa tapi sebab kena bergaduh dengan lalat sampai nak makan pun tak senang dan jadi tak sedap. Mungkin kalau dapat halakan kipas besar kat makanan tu, baru lalat tak boleh terbang kot, hahahaha.
orang Taiping nie pun tak pernah makan lagi situ...hihihi...sama lah macam SK, nak ajak MIL makan luar, dia dah siap masak kdg2 tu...tak pun, hajat nak makan dulu sebelum balik rumah sendiri, tapi MIL lagi awal masak...takkan nak balik tak makan dulu...last2, sampai sekarang belum lagi cuba...takpe lah...lain kali masih ada
ReplyDeleteyer ker baru rasa nk g...kena bergaduh ngan lalat tu terus x jadi...
ReplyDeletemeriah mcm2 jenis talam bole pilih tu...lapar la SK..tgh puasa ni...dugaan
ReplyDeleteNampak sedap nasi talam tu...tapi bab bergaduh ngan lalat tu yg x leh nak terima..
ReplyDeleteGaduh dengan lalat tu payah sikit..
ReplyDelete