Assalamualaikum WBT
BALIK kerja petang semalam, rasa sunyi. Tak ada senyuman menyambut di pintu sambil menjerit, bonda dah balikkk. Senyuman tu hilang bila dengar bonda pulak membebel, meja kopi berselerak dengan cawannya, dengan ipadnya, dengan apa-apa lagilah. Lepas tu, bonda sambung membebel lagi sebab tak tolong bersihkan pasir kucing. Muka yang senyum tadi terus mencuka, hahahaha. Nasib baik nampak kain tengah berpusing dalam dryer. Tu pun sebenarnya nak membebel jugak, dah petang la tu baru masukkan kain baju dalam dryer, tapi bonda, sabarrrr, huhu.
Dah dua bulan kisah ni, junior Sk, di pejabat yang kami panggil Madi, hantar gambar tengah beratur nak beli kek coklat moist Family Corner. Sk tak tanyalah lokasi, Sk bukan peminat kek coklat tapi kalau topping coklat meleleh-leleh tu, Sk suka pulak, hihi.
Tak pernah tahu pun kewujudan Kek Coklat Moist Family Corner ni. Madi beritahu, FC jual online tapi kalau nak beli yang ada flavor pistachio, kena walk in. Dengar jer pistachio, rasa teringin la pulak.
Sk kirim seketul. Kotak dia saiz macam aiskrim wall kot, alaa.. tak ingat pulak brand apa aiskrim tu. Tapi, besarlah jugak, boleh bandingkan dengan sudu saiz besar tu. Harga lupa, dalam RM35 kot.
Tengok topping coklat dalam gambar tu sungguh tebal dan menggiurkan. Faiz cakap sedap, dia terus makan lepas dapat tu. Sk simpan esbox, hari tu dah makan macam-macam, nanti tiba rumah dah lapar bolehlah makan.
Bila dah buka, terkejut tengok bentuk muka bumi kek coklat moist ni. Setompok kacang pistachio yang dikisar kat situ dan krim pistachio tu yang hijau tu, bila Sk suap ke mulut, krim pistachio tu rasa ubat.
Sk potong guna pisau, tapi keknya hancur. Kaup dengan sudu pun hancur keknya, tak lembab pun macam namanya tapi kering.
Kecewa jugaklah. Kalau murah tak pe. Hurmm, ada lagi ke kek murah sekarang? Semua mahal, hahaha.
Nampak tak krim pistachio dia tu, betul-betul rasa ubat. Mungkin dia letak yang kurang kualiti (mungkin jugak murah). Sk selalu jer beli aiskrim (liao liao contohnya) atau kek pistachio kat tempat lain, elok jer tak ada rasa ubat.
Simpan dalam esbox la, makan sikit-sikit bukan pasal nak jimat, tapi sebab mahal. Iman pulak ada balik sekejap masa tu, dia tengok ada kek sedapnya (dalam hati), tapi tak jadi makan sebab dia ingat kek dah berkulat (hijau), kenapa bonda simpan, hahaha. Bila diberitahu hijau tu pistachio, dia teruja, tapi bila makan, Iman pun cakap rasa ubat. Sudahnya, selepas beberapa hari, tutup mata, ke cik tong la perginya.
Nak cakap, sedap lagi Kek Coklat ni yang Sk beli dari pengajar Penyediaan Makanan, Sk panggil Diba. Walaupun letak dalam esbox, kek dan toppingnya tak keras langsung, kek pun tak hancur. Keknya kaya dengan rasa coklat, bukan rasa gula. Setiap kali Diba open order, Sk mesti beli walaupun Sk bukan penggemar kek coklat. Hurmm.. macam lama dah Diba tak open order ni, bolehlah Sk diet sikit, hihi.
Buat la betul2, bila viral mcm tu kata sedap...dpt dekat kita hampa...
ReplyDeletewow! Packaging dia macam ice-cream kak ana tengok, nampak sedap dan lembab yum yum :)
ReplyDeletealamak ada rasa ubat tu boleh potong..bukan murah RM35 x habis tapi cik tong yang makan...alahai...
ReplyDelete