DUA tiga hari ni rasa tidur malam sejuk betul. Ada masa sampai menggigil tapi malas nak bangun ambil selimut. Sk ada cerita sebelum ni yang baru-baru ni kami betulkan tingkap. Agaknya, sejak dah boleh buka tingkap luas-luas tu la kot rasa sejuk betul malam. Tu takpa, mandi pun sejuk giler airnya. Agaknya negara Johor dah nak masuk winter la kot, hahaha. Pagi ni pun hujan turun rintik-rintik masa keluar nak ke pejabat. Mujur jugak tak jammed, kenapa tah, macam cuti sekolah pulak keadaan jalanraya hari ni.
MAKAN DI BEARD BROTHER'S BARBECUE
November 20, 2025
1
Ni cerita Jumaat lepas, kami pergi makan jauh sikit di Tebing Bandar Dato' Onn. PI ajak makan steak di Beard Brother's Barbecue. Tempat ni agak viral jugaklah tapi Sk kalau tak PI yang cakap, tak tahu jugak. Jom!
Tapi, tu la. Sk tak sangka pulak konsepnya layan diri. Masa kami sampai, pelanggan dah beratur hampir sampai ke depan pintu masuk. Terpaksalah kami berdiri betul-betul tepi pintu, huhu. Kemudian ada staf beri menu. Bolehlah study siap-siap sebelum buat pesanan dan bayar terus di kaunter juruwang.
Menarik jugak menu yang ditawarkam di sini. Walaupun ia menampilkan gaya masakan authentic Texas namun ia mengikut citarasa tempatan. Anda boleh memilih set bbq bersama nasi seperti nasi beriani, nasi ayam dan nasi putih malah nasi Jepang pun ada. Sepanjang beratur tu jenuh jugaklah menghafal apa nak order takut tershashul, hahaha.
Pelbagai pilihan menu set ada. Ada yang single, ada yang double dan ada yang triple. Kalau datang ramai-ramai, bolehlah ambil set yang besau-besau. Kami berdua aje jadi kami pilih set single. Tengok harganya okeylah sesuai dengan poket PI, hahaha.
Ini pengalaman pertama kami mencuba authentic Texas barbecue. Biasa jumpa daging lembu atau kambing siap dipotong saiz individu sebelum dipanggang atau dibakar tapi dekat sini dia panggang besar-besar, nak hidang baru dia potong ikut portion atau berat yang pelanggan pesan.
Pembuka selera ni. Tapi tak ambil takut tak habis. Kami pesan fries biasa aje. PI penggemar fries.
Semua pesanan perlu buat di kaunter dan terus bayar. Makanan dihantar ke meja oleh staf. Masa dia hantar tu, terkejut, serentak kami cakap, keciknyaaa.. hahahaha. Kami pesan satu set hidangan daging lembu dan satu set hidangan daging kambing.
Termenung jap tengok, hahaha. PI kata, ingat besar. Dalam vtt nampak besar dagingnya. Macam saiz kid meals jer ni, hahaha.
Set single Texas Star (RM29)
100 gms brisket, mashed brotatoes, slaw & brotatoe bun.
Set single Sheep Thrill (RM29)
100 gms pulled lamb, mashed brotatoes, slaw & brotatoe bun.
Sk tak pasti la kenapa kentang tu dia eja brotatoe, bukan potato. Mungkin saja nak bagi bunyi hipster kot, jika salah mohon maaf la ya. Kita ni kurang pandai, hehehe.
Pulled lamb. Daging kambing tu dah dicarik-carik dan tak macam biasa la kalau kita makan lamb chop tu masih ada tulang pada kambing, yang ni takde tulang dah. Jadi makan tu tak rasa teruja. Tak rasa macam makan western la sebab boleh suap kambing guna sudu jer, tak perlu hiris-hiris. Roti kentang tu sejuk selap, hurmm.. sedap dan gebus lagi roti kentang dekat Giant kot. Mashed potato dan slaw (coleslaw) tu biasa aje la tapi dia bagi jeruk lada dan bawang tu, haaa.. jeruk tu sedap. Sebab kadang kalau makan daging banyak kita cepat muak, kan. Jeruk tu buat kurangkan rasa muak, alaaa.. macam kita makan nasi beriani ada acar jelatah atau pencuk tu la.
Brisket dia memang lembut dan empuk, cair di mulut gitu. Kalau yang mana mak ayah dah tua nak makan daging, sesuai ya bawa kat sini. Tak payah kunyah beriya, boleh sambil telan, memang betul-betul lembut.
Semua jenis daging kat sini sama ada lembu, kambing, semua ditimbang ya. Ni portion untuk berapa orang la agaknya. Kebetulan dorang letak atas kaunter masa kami nak buat pesanan tu, Sk pun cepat-cepat snap pic, hehehe.
Dekat sini dia bagi tiga jenis sos..Sk suka lamb sauce dan white sauce tu, sedap.
Tak ingat ayat apa PI cakap masa ni tapi pasal portion daging tu la, sikit beno, hahaha.
Erkkk! Apa ni?
Ni kami pesan sosej lembu dan yang dalam bekas aluminium tu Apple Pie. Sedih betul tengok sosej dia. PI kata, ingatkan sosej tu datang dengan roti macam kat A&W, hihi.
Apple Pie dia macam orang baru belajar masak dari internet. Macam Sk dulu-dulu la, belajar buat pie, tak ada cikgu, pakai google, hehehe.
Ok, selfie satu kali sebelum sambung makan. Keseluruhannya tidaklah terlalu mengecewakan. Brisket tu memang must try la sekali seumur hidup gitu. Betul sangat sedap ya.
Masa order fries, cashier beritahu ambil masa sikit. Tak sikit eh, lama.. sampai kami dah habis makan, masih tak dihantar friesnya. Lepas tu minta tolong staf tengokkan, dia tanya, abang nak hidang ke nak tapau? Agaknya dia tengok kami dah habis makan, kan. Kami minta tapau, tak lama dia datang hantar dalam paper bag tapau ni. Banyak giler fries tu, Sk tak pasti la memang portion dia macam tu ke, sebab semua pun timbang, kan.
Fries dia tak rasa kentang sangat tau. Dia manis-manis macam keledek. Kami makan kat situ la santai-santai. Tak kenyang makan daging tadi, kan. Nasib baik banyak dia bagi fries ni, kalau tak mesti balik PI ajak singgah makan tosei pulak, hahaha. Disebabkan banyak sangat, kami tak berjaya habiskan, ada banyak lagi jugak kami bawa balik, PI sambung makan esoknya sambil tengok tv.
Total seratus tiga ringgit sembilan puluh sen. Nanti lain kali kita datang lagi try makan bbq dengan nasi beriani pulak tapi dekat sini dia tak sebut beriani tau, dia sebut 'Beard'Yani.. haaaa.. gituuu.























Musim sejuk Malaysia sekarang. Aircond pun pasang 26 je sebab sejuk.
ReplyDeleteUntunglah dah masuk winter, negara luar kan. hihi...saya tengok MET ,banyak tempat hujan pagi ni.
Tempat viral ni selalu mengecewakan kita ek. Dia macam tak sama dengan iklan gitu. Nasib baiklah ada yang sedap untuk hilangkan rasa kecewa mana yang kurang tu.