HARI STAF @ KSL HOTEL

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn...

SEMALAM pagi mendapat perkhabaran duka, abang kepada Along Sk, meninggal dunia akibat komplikasi beberapa penyakit yang dialaminya. Semalam juga, Sk ada majlis Hari Staf di KSL Hotel, tengahari tapi. Pagi tu Sk pergi dulu menziarah tapi jenazah masa tu masih di hospital untuk beberapa urusan pengesahan punca kematian. 


Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa Azenor bin Hj Ahmad dan menempatkan rohnya di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.




Inilah kami tiga beradik, nama gelaran kami, Dewi, Puspa, Sari. Dari kiri, Along, Sk dan Angah. Sejujurnya tak ingat langsung sejak bila nama panggilan berubah kepada Along, Angah , Uda tu, mungkin lepas Cikwa lahir kot. Cikwa tu sepatutnya nak kena panggil Alang atau Anjang, tapi macam tak boleh melekat panggilan tu, hehehe. Cik Ani pun tak dipanggil Usu atau Ucu, hihi. Uniknya lagi, panggilan untuk emak kami.. Along panggil umi, Angah panggil mak, Sk panggil ibu, hahaha. Cikwa dan Cik Ani panggil mak.




Lepas ziarah, Sk ke KSL Hotel. Lokasi majlis di ballroom yang terletak di aras 7. Sebab sorang-sorang, jadi kenalah ingat sendiri dekat mana letak kereta, jadi, Sk ambil gambar tiang.




Jangan kata tiang, dinding-dinding arah jalan semua ambil gambar, risau tak jumpa kereta masa balik, hihi. Dah lama tak datang KSL Mall. KSL Hotel ni macam pernah datang tapi masa tu PI hantar, tak silap ada dinner kot masa tu, lama dahhhh.




Sk letak kereta di aras 5. Mula-mula nak ikut escalator tadi, sekali tengok escalator tu tak bergerak, jadi naiklah lif pulak. Rupa-rupanya, lif tu sampai aras 6 jer, melilaulah cari cara nak naik ke tingkat 7, nasib baik jumpa jalan. Dahlah tak nampak kawan lain, rupanya ramai yang dah sampai awal.




Ambil nafas dan minum air dulu sebelum ronda-ronda ballroom. 



Goodies!



Hadiah-hadiah cabutan bertuah.



Tiga hadiah utama, nombor 1, Air Fryer jenama Dessini, nombor 2, Periuk Tekanan jenama Dessini dan nombor 3, Pengisar Daging juga jenama Dessini. Lepas tengok hadiah, jom tengok makanannya pulak. Menu ni hasil undian dalam poll di whatsapp group.




Singgah jap ke meja VIP.


Buffet line




Nasi Goreng Cina. Ada juga nasi putih.



Ayam Tandoori



Lamb Chop with Mushroom Sauce



Sotong Ring Oat Buttered 




Mixed Vegetables 



Popiah Sayuran




Sambal belacan dan ulam-ulaman.





Tomyam ayam dan Soft Roll




Buah-buahan iaitu nenas, tembikai dan honey dew.



Kopi dan Teh panas.



Kek Hari Staf dan sambutan hari lahir babies November dan Disember.




Ambil makanan.




Pinggan Sk

Nasi Goreng Cina 👍👍👍
Ayam Tandoori 👍👍👍👍
Sotong Oat 👍
Lamb Chop 👍👍👍👍
Mix Vegetables 👍👍👍👍
Popiah Sayuran 👍👍👍




Manis-manis buahnya. Nenas jer masam sikit tapi okey.




Mengopi dan meroti pulak. Tomyam dia kuat rasa pes dan msg. Banyak jugaklah isi ayam dalam tomyam.




Sikit jer rupanya yang sambut hari lahir di bulan November dan Disember.




Makan kek sambil layan acara cabutan bertuah. Cabutan bertuah ni semua dapat cuma nilainya berbeza la.




Cabutan dibuat menggunakan spin wheel lucky draw di pc. Jadi, kita tak beri hadiah tu ikut turutan paling murah hingga paling mahal macam biasa orang buat lucky draw tapi staf sendiri yang klik cursor. Giliran menekan spin wheel tu saja dicabut oleh staf yang ambil hadiah bertuah sebelumnya. Cik Mat dapat Pressure Cooker (hadiah nombor 2)



En Nas dapat Meat Grinder (Hadiah nombor 3)




Alhamdulillah, Sk dapat hadiah Top 10. Kipas turboooo. Masa ni baru dorang bagi goodies sekali.


Hantar gambar kat PI. Sk cakap nanti nak letak dalam sangkar kucing, nak tengok siapa yang nak berkipas dalam tu. Sk baru beli sangkar kucing baharu minggu lepas, yang lama tu dah berkarat.




Dalam beg goodies ada thermos.



Kipas tangan.



Organizer ni boleh guna tahun depan ni.



Payung. 




Lucky draw belum habis, Sk ulang ambil popia sayur ni. 



Siapa tau dapat hadiah nombor 1.. ni Hajah Ina. Geng makan-makan office Sk, heheheh. Tumpang gembira. Ni mesti berkat tolong ambilkan gambar kawan-kawan yang ambil hadiah lucky draw. Oh, yang sampaikan hadiah ni, kami punya pengerusi kelab, En Dean.







Gambar ramai-ramai is must!



Turbo Fan yang Sk dapat tu, tak jadilah letak dalam sangkar kucing, Sk gantung depan sinki. Tak panas lagilah lepas masa masak dan cuci pinggan.. Alhamdulillah, memang keperluan ni. Dah lama sebenarnya Sk berangan nak gantung kipas dekat depan sinki ni cuma tak tahu model apa yang sesuai nak gantung. Nak pasang kipas dinding macam ke tepi sangat. Wayar dia pun panjang nak sampaikan ke plug point. Tambah lagi ada warranty setahun, memang berbaloi-baloi!

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. bila event ada cabutan bertuah, terus event tu jadi best sesangat hihi.. musim hujan ni bila tengok pic makanan jadi makin lapar pulak..

    ReplyDelete
  2. hadiah kipas turbo yg menarik apatah lagi memang diimpikan selama ini. Tahniah SK!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!