Assalamualaikum WBT
SEMALAM, balik kerja, PI beritahu, jiran kami panggil, minta panggilkan polis. Mereka bergaduh laki-bini dan suami dia keluar bawa kunci rumah. PI tanya, dah call polis belum. Dia kata, dah, dah dua jam. PI pesan, suruh tunggu polis datang. Saya tak boleh masuk campur urusan rumahtangga orang. PI cerita ni, Sk tak perasan yang kisahnya jiran Sk ni terkurung dalam rumah dengan anak-anak. Ingat dia mengadu gaduh dan suaminya keluar bawa kunci jer. Jiran Sk ni, India. Baru tak sampai setahun menyewa sebelah rumah Sk. Malamnya, kami keluar makan ke Kampung Melayu Majidee. PI jumpa port makan capati.
Perniagaan makanan dan minuman ni dekat dengan tapak Bazar Ramadhan Kampung Melayu Majidee. Nama dalam waze Hunger Place. Tengok rupa ala food court tapi yang meniaga dekat situ semua orang Pakistan ya.
Menu capati dan roti nan.
Ada jugak masakan Thai dan Indonesia.
Pelbagai pilihan mee rebus.
Pelbagai pilihan sup.
Tapi semua Pakistan yang masak.
Sk pesan Puri dan Kimah Daging. Puri dia tak gebus sangat, bukan keras tapi rasa macam roti yang digoreng. Tekstur dia takde rangup-rangup macam puri yang biasa Sk makan sebelum-sebelum ni. Kimah dia bagi banyak, tak kedekut.
Capati ni PI punya la kan. Lembut Dan sedap jugaklah capatinya.
Pesan Sup Kambing semangkuk. Banyak betul hirisan bawang dalam sup tu. Daging kambing dapat yang bahagian rusuk tu, lembut dan lerai dari tulang. Rasa sup dia tak macam sup mamak, macam sup Siam sikit. Kenyang makan capati, memang tak habislah sup ni, kami minta bungkus. Padahal sebelumnya plan, lepas makan capati nak singgah di Halaman Cafe tapi tak jadi, lah. Nak sumbat kat mana pulak, kan. Kami terus balik la.
Sampai Kangkar Pulai, tiba-tiba terdengar siren bomba. Eh, ada bomba kat belakang, kata PI. Sk dah fikir sesuatu dan dari nada suara PI, Sk tahu dia pun fikir benda yang sama. Kereta depan pulak macam lembab, eh, stress pulak kita. Lagi stress bila nampak lori bomba masuk simpang taman perumahan Sk. Tambah berdebar dia ikut laluan rumah Sk tau, tapi dekat lorong rumah Sk tu dia terus, lega sikit. Kami pulak follow belakang, kepochi sangat.
Rupa-rupanya lori bomba tu keluar balik dari lorong tu sebelah sana dan kemudian masuk ke lorong rumah kami. Depan rumah kami ada kereta peronda dua biji. Tak lama , jip polis pulak sampai. Masa ni barulah Sk tahu yang jiran Sk ni kena kunci dalam rumah oleh suami dia. Sebab Sk tengok kereta dia tak ada, ingat dia keluar. Jadi, tengoklah abang bomba jalankan tugas potong kunci rumah jiran. Tapi, sebelum potong tu, mereka buat penafian dahulu la, adalah prosedurnya tu. Hurmm.. ni kali kedua la ni rumah sebelah ni buat hal tapi bukan penyewa yang sama. Tahun 2020 pernah kena pecah masa PKP. Jiran tu kerja SG dan terperangkap tak boleh balik Malaysia. Bila rumah kosong lama, ada pulak yang ambil kesempatan. Boleh baca ceritanya
DI SINI.
Aduh, harap semua okay la dgn jiran tu. Sbg jiran kita pun tak seronoklah kan kalau ada kes² gini kan.
ReplyDeleterisau juga laa nih macam-macam kes libatkan suami isteri yang awalnya bergaduh .. semoga yang baik-baik sahaja hendakNya, tapi sedap pula kak ana nampak puri SK makan tu, adoiii :)
ReplyDelete