Assalamualaikum WBT
SEMALAM, Sk dan PI memenuhi undangan walimatul urus, rakan sepejabat Sk, En Nasri sekeluarga di Pearl Casa Event Space yang terletak di Kempas. Ini merupakan majlis perkahwinan anak perempuan En Nas, Nasuha bersama pasangannya Kamel.
Doa untuk pengantin baru,
Kamel & Nasuha
"Ya Allah, berkatilah mereka berdua dan berikanlah barakah kepada mereka serta satukanlah mereka dalam kebaikan.. Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn"
Sekarang ni kalau mana-mana jemputan yang dekat-dekat ni, lepas zohor baru keluar rumah. Lagi pulak jemputannya sampai pukul 5, banyak masa lagi. Tapi tu la, bila set dekat waze, perjalanan mengambil masa 40 minit jugak dari Kangkar Pulai. Kami pulak pukul 2 baru keluar, jadi tu, dekat-dekat pukul 3 baru sampai. Ingatkan tetamu dah reda tapi rupanya masih ramai jugak yang baru sampai. Tu takpa, berebut pulak dengan tetamu yang nak balik.
Nasi beriani dah wassalam ya, hihi. Tak apalah, tak ada rezeki nak makan nasi beriani, yang penting kita hadir. Sk makan nasi putih, kari ayam, ulam raja, timun dan kacang botol serta sambal belacan. Ada pajeri nenas baki lauk nasi beriani dan dalca. Dalca Sk tak ambil. Lepas tu nampak ada sambal goreng, ambil sikit, jamah-jamah.
Dessert table ni dah licin. Rezeki la Sk dapat tiga ketul kuih lapis tu. Takpe.. takpe... tak kisah pun. Saja tulis untuk kenangan. Ni kami duduk sebelah dessert table.
Pearl Casa Event Space ni merupakan sebuah banglo dengan halaman.
Balik dari kenduri, PI ajak shopping di Lee's Fanbee, pembekal daging sejuk beku halal di Taman Molek. Nak beli steak dia kata.
Daging Wagyu banyak pilihan.
Australia Frozen Wagyu Striploins
Ni sebab nak baca label tak nampak, jadi taktiknya ambil gambar lepas tu zoom, hahhaha. Spek rabun tinggal dalam kereta.
Tak nampak jugak, nak baca sosej ayam ke lembu. Padahal tengok warna dah tahu itu ayam, cuma tak yakin.
Yang ni bahagian brisket. Tak pastilah boleh minta mereka potong ke atau memang kena beli seketul besar macam tu.
Rambang mata tengok.
Ikan dori pun ada.
Ini salmon.
Daging untuk buat shabu-shabu pun ada. Murah betul steak rib eye dan striploins kat sini.
Pilih.. pilih.. pilih.
Beef pepperoni jika nak memizzah!
Krim masakan.
Yang buka restoran sesuailah shopping sini, murah! Tapi tak wajib pun beli pukal.
Pelbagai jenis keju.
Daging lagi.
Butter dari yang saiz kecil sampai besar gedabak.
Daging jugak.
Tomato cincang dalam tin kecil dan besar.
Susu segarrrr.
Beli steak dan bahan tenusu sikit nak masak-masak malamnya la konon.
Sebelum sampai rumah, eh.. menyinggah lagi. PI ajak beli goreng pisang kat pasar Taman U. Eh, dia tak tahu ke sekarang tengah viral semula pasal penjual goreng pisang masukkan plastik dalam minyak goreng pisang untuk bagi rangup?
Tapi, Sk pun teringin. Takpe ke.. sesekali makan plastik dalam goreng pisang? Huhuhu.
Beli air kelapa jugak. Haus betul balik orang kahwin, singgah sana-sini pulak. Lepas tu singgah pulak Maslee beli salad ready to eat. Sampai rumah, mandi, lepas tu makan goreng pisang, minum air kelapa. Tahu-tahu kekenyangan masing-masing. Nak masak steak, tinggal harapan...
Goodies kenduri. Ada epal merah dan air kotak. Kek tu rasanya isteri En Nas yang buat sendiri.
Ada beli kacang edamame jugak kat Lee's Fanbee tadi. Sk kukus tu jer la, makan sambil tengok kdrama, The Tale of Lady Ok. Tak jadi masak steak. Daging simpan semula dalam freezer, hahahaha.
Dulu sibuk pasal goreng pisang bubuh plastik dalam minyak nak bagi rangup. Sekarang timbul balik cerita lama tu. Eh, sesungguhnyakah... betulkah? Sedap pula makan plastik rupanya.
ReplyDeleteSedap Kak Amie, rangupp.. krup krap krup krap, hahaha.
DeleteTak nampak nasi dalam pinggan tu. Lauk camtu pun sedap dah makan kenduri.
ReplyDeleteHehehe... Ada nasi di sebalik lauk. Betul, sedap, tambah² time lapar, hihi.
DeleteAla, kita pun baru je beli keledek goreng tadi. Tak ingat langsung pasal kes plastic minyak masak tu huhu...
ReplyDeleteEh, PI kenyang ke makan edamame jerrr :p