Assalamualaikum WBT
TERKEJUT, pagi tadi, air mengalir perlahan. Dah sudahhh.. semalam petang, Cik Ani ada kongsi notis gangguan bekalan air tapi tarikhnya 31 Oktober maknanya semalam la. Tapi air elok jer keluar. Kenapa pulak hari ini yang tak ada air? Sk cepat-cepat tadah air yang semakin kecil keluar dari paip sinki dapur. Lama-lama terus hilang, hahaha. Mujurlah bilik air belakang ada tangki. Sekali dalam pukul 9 gitu, PI cakap air dah keluar besar. Legaaaaa.
Tengahari ini, InsyaAllah nak pergi kenduri doa selamat jemputan dari sepupu belah ibu Sk. Disebabkan nak pergi kenduri tu la, kena buat sarapan. Jarak perjalanan dalam sejam jugak jadi kalau nak sarapan kat luar, macam tak sesuai timing -nya. Buat telur separuh masak dan bancuh air sorang secawan.
Hari tu, Aida datang JB dan terlanjur tu Fidah buka tempahan roti. Sk pesan Roti Kok (3), Roti Sarang Lebah (1) dan Roti Sosej Mini (4). Fidah bagi extra dua roti mini perisa kacang merah dan gula.
Malam tadi dinner makan roti kok aje cicah teh o panas. Ni sebab PI tak ada, dia ada mesyuarat Kelab Media Johor. Oh, PI beritahu tahun 2026, PI diberi amanah sebagai Pemeriksa Kira-Kira, Alhamdulillah. Semoga PI dapat melaksanakan tugasnya dengan baik dan jangan stress-stress tau PI, hehehe.
Selain tu, Fidah bagi pelam muda jugak. Tapi tak pastilah Sk ni pelam jenis apa. Ada jugak la terselit dua tiga biji yang dah masak.
Sk ambil tiga pelam muda, kupas siap-siap. Ingat nak potong sekali tapi lepas tu malas pulak, hahaha. Adalah sikit Sk potong jamah-jamah sebab Fidah bagi kuah rojak sekali.
Ambil yang masak sebijik.
Dah hiris, alamak, jumpa orang!!
Ni kalau dulu-dulu, mahunya Sk terus campak dalam tong sampah. Tapi, Sk kekal tenang. Patutlah dulu ibu Sk pun lek-lek jer kalau jumpa 'orang' dalam pelam, hahahah.
Berketak-ketak body dia. Sk buang dia ajelah. Nasib baik cuma seekor. Kalau banyak, mungkin ke Cik tong jugak pelam ni, hihihi.
Kulit helok licin, macam mana dia dok dalam tu? Kuasa Allah...
ReplyDeleteorang kata kalau ada ulat maknanya buah tu manis betul..nasib perasan awal kak,kalau tak siap 'extra protein' sekali breakfast pagi ni
ReplyDeleteRezeki datang bertalu-talu! Eh, ada tetamu tak diundang rupanya....tak banyak, seekor saja kan SK.
ReplyDeletePagi tadi sebaik bangun tidur, Encik Suami beritahu air tak ada! Nak pergi majlis kahwin ni, tak kan tak mandi hihihiii.