Assalamualaikum WBT
PASARAYA Hosey, tempat Sk beli bahan masak selepas balik kerja dah tutup. Sedih betul, situ la yang senang Sk nak singgah beli sayur ke, cili ke.. dan apa-apalah barang masak bila balik kerja. Memang masa last datang tu perasan banyak barang tak ada di rak. Sebelumnya cawangan di Pulai Mutiara yang tutup dulu. Kedua-duanya digantikan dengan Maslee. Jadi, semalam, buat pertama kalinya Sk ke Maslee di sini. Biasa pergi Maslee yang dekat dengan office atau Maslee di Taman Teratai.
Dah masuk tu, eh, rasa best pulak dari Hosey. Banyak pilihan sayur, buah, makanan frozen dan ada jual pelbagai jenis salad termasuk ready to eat. Sk kalau ke Maslee ni jarang membelek, selalu beli barang nak guna aje. Ni pun semalam tak sempat membelek, risau terlebih membelek dari nak belanja RM10, jadi RM100, hehehe. Ni semalam singgah pasal nak beli taugeh, sawi dan tauhu. Beli jugak cili padi sebungkus.
Tujuannya nak goreng bihun ni, goodies yang dapat dari Kenduri di Kampung Belahan Tampok hari tu. Mula tu, masa tanya PI nak makan apa malam, dia cakap makan kat luar. Sk tanya, dah makan nasi ke belum? Dah, jawabnya, makan kat event hi tea. Tu la tu fikir, baiklah goreng bihun ni. Malas nak keluar sebenarnya, hahahah.
Konon nak ambil gambar langkah demi langkah menggoreng mihun, tapi rupanya sempat ambil gambar taugeh jer, hahahaha.
Tiba-tiba dah siap mihun sekuali, terlupa nak ambil gambar satu persatu bahan yang dimasukkan. Sk masukkan udang dan sotong serta tauhu goreng jer, fish cake tadi tak jumpa kat Maslee. Mihun tu Sk rendam semua sebungkus dalam sebesen air biasa. Tengok ramai tanya tips goreng mihun tak putus, kan.. itulah caranya, jangan rendam air panas, nanti mihun rupa nasi goreng, hehehe. Walaupun masa nak goreng tu mihun macam tak lembut, nanti kita goreng wap memasak tu akan lembutkan mihun kita. Mihun pun tak putus, mesti jadi punya! Ni PI cakap, banyaknya goreng. Sk jawab, senang esok buat untuk sarapan sekali. Pagi ni add on telur setengah masak aje la. Ada baki lagi tu boleh bawa bekal lusa pergi kerja, hehehehe.
Sama la kita sarapan bihun goreng.
ReplyDeleteBetul SK. Rendam jew bihun denfan air biasa. Sakit hati kan kalau goreng bihun jadi benyek lembik.
ReplyDelete