Assalamualaikum WBT
SEMALAM, berangan la nak keluar ke Dataran Niaga cari kudap-kudapan untuk minum petang. Tapi cuma tinggal angan-angan aje la, tak keluar pun. Tu takpa, rasa nak tidur tu pun tak dapat tidur sangat. Bergema-gema bunyi suara tv macam dekat panggung wayang. Dengan panas berbahangnya lagi, maklumlah, rumah kita tak dak aircond, hahahahaha.
Kisah suami yang bawa remote control aircond pergi pejabat gara-gara isterinya lupa off aircond tu viral betul dekat thread ek. Sk tak boleh bayangkan la kalau suami dia terbaca. Sk yang PI tak baca thread ni pun tak berani nak cerita pasal suami kat thread walaupun Sk tahu PI tak baca thread. Ialah, sedangkan lidah lagi tergigit, kan. Sk faham, isteri dia nak cerita aje tapi mesti dia tak sangka cerita pasal aircond pun boleh viral. Eiii.. kalau Sk jadi dia, takutnya la kalau suami terbaca, karang tak pasal-pasal bergaduh lagi teruk. Semoga puan tu baik-baik sahaja.

Malam tadi ada live bola kat tv, kan. PI kata, lepas bola la keluar makan. Tu pun mula-mula dia kata, repeat makan nasi dengan kari ayam. Mentang-mentang la lauk favourite, kan. Tapi, Sk terrajin la pulak masak nasi goreng. Rencahnya dada ayam. Memang selalu kalau masak ayam, Sk asingkan bahagian dada dan simpan lain, senang nanti nak buat rencah goreng nasi atau goreng mi. Nasi tu lebih dari makan tengahari, lepas tu tengok dalam peti ais pun ada nasi lebih juga dalam sesenduk, campurlah sekali, terus jadi banyak nasi gorengnya.
Makan dengan cili padi potong letak kicap manis. Pedas cili padi beli kat Pasaraya Maslee ni.
Ada keropok ikan tamban jugak. Sambil makan nasi goreng, sambil makan keropok. PI pulak makan depan tv sambil tengok bola kat depan. Lepas tu pukul berapa tah, mengulang lagi dia makan nasi goreng dekat dapur pulak. Sk tak tengok bola. Dua hari cuti ni layan drama bersiri Jepun, Romantics Anonymous dan semalam start tengok kdrama bersiri The Tale of Lady Ok. Tak tahu nak tengok drama apa sebenarnya, tu pun asyik terlelap, bukan kita tengok tv tapi tv tengok kita, hahahaha.
Saya pun terbaca pasal remote control aircond tu.
ReplyDeleteSeram kan SK kalau tersasul tulis apa-apa isu... nasib baiklah kita selalu ngumpat hal-hal berkaitan dapur hihihiiii.
huhu ada gak terbaca.. dah viral kan... ntah ler kita tak berani nak bercerita masalah rumah tangga secara umum.. sedangkan dengan mak dan adik beradik perempuan pun tak tau lgsung masalah kita..simpan rapi...
ReplyDeletefuhh kalau makan dengan kicap cili api, sedap sgt tu... bertambah2 makan tu..
lagi sedap kalau dpt letak bawang putih tumbuk sekali... lagi sedap
sedap tu nasi goreng ada keropok ..ada bc juga dkt thread kisah ekon tu
ReplyDelete