MAKAN SOTO TAK ADA SAMBAL KICAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT


DUA tiga hari ni, di kawasan rumah Sk, hujan malam sekejap-sekejap. Tak boleh nak cakap satu JB hujan la, sebab Angah duduk JB, Cik Ani duduk JB, Sk pun duduk JB, tapi kadang rumah Cik Ani hujan, rumah Sk tak hujan, rumah Angah hujan pulak. Kiranya hujan setempat la gitu. Macam malam tadi, hujan tiba-tiba menderu turun. Rupa-rupanya rumah Cik Ani hujan dah turun 8 minit sebelum tu dan dah berhenti. Tak lama hujan dekat rumah Sk tu dah berhenti tau dan kemudian Angah pulak cakap rumah dia hujan. Kira hujan lalu la tu dari rumah Cik Ani, ke rumah Sk dan ke rumah Angah, hahaha. Yang pastinya, pagi ni pergi kerja dalam hujan dan kalau hujan, apa lagi, kereta banyak dan sesak sampai ke office.




Sampai-sampai, clock in, 7.37am. Kemudian terus ke kantin, nampak sambal goreng dan nasi impit serta lauk-lauk ayam. Ada ayam sambal, ada ayam goreng. Ada pulak soto nasi dan soto mihun. Keliru sekejap nak beli apa, lontong kering atau soto. Kemudian terbayang sedapnya meratah kaki ayam dalam kuah soto hujan-hujan ni, hehehe. 




Tamakkan nak makan kaki ayam, nak makan baru teringat, lupa ambil sambal kicap. Adoiiii, boleh jadi amukan ni makan soto tak ada sambal kicap, tapi nak start semula enjin kereta dan pergi kantin ambil sambal kicap tu lagi malas. Sudahnya makan la soto tak ada sambal kicap. Mujurlah soto Kak Sab ni jenis yang berempah, bukan macam air hujan. Cuma tak kick la sebab tak pedas. Kalau makan sambal kicap Kak Sab, tak berair hidung tak sah ya.



Lepas habiskan soto baru ratah kaki ayam. Dekat kantin ni memang layan diri la nak ceduk berapa banyak, kalau cepat, banyaklah lagi isinya dalam tong tu. Kalau lambat, wassalam la jawabnya, hihihi.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tak lengkap sebab tak ada sambal kicap tapi boleh je makan cuma tak sedap sangat la.....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!