MASAK KARI AYAM BERSANTAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT


 SIAP dah Sk masak Kari Ayam dan Ayam Goreng untuk lunch hari ni. Bukan siap masak aje Tapi dah siap makan, hehehe. Masak awal sebab awal pagi tadi PI bertugas membuat liputan Larian Johor International Marathon 2025 di Dataran Bandaraya. Tu tak apa, PI dah berada di sana sejak awal tengah malam dan pukul 11 lebih tadi baru sampai rumah. Tu la tu Sk masak awal, takkan nak ajak keluar makan pulak orang dah penat-penat balik kerja, huhuhu. Tu satu malam tak tidur katanya. Baru jer nak lelapkan mata dengar bunyi muzik zapin. Pukul 2.30 pagi pulak tu berzapin, hahahah.




Seperiuk Kari Ayam. Jarang-jarang Sk masak Kari Ayam letak santan tapi sebab ada baki santan kara segitiga tu dalam esbox, tu la masukkan santan. Sayang pulak nanti tahu-tahu jer santannya dah basi, membazir aje nanti. Tu pun tak ingat baki santan tu datang dari masak apa sebab dah lama tak masak, hahahaha.




Sk masih ingat lagi kali pertama belajar masak kari dengan arwah ibu. Sk tolong tumis bawang tapi hangus. Tak tahulah api besar sangat ke atau apa ke, tapi bukan Sk yang anu api tu pun, hahaha. Tak tahulah siapa yang salah. Ibu buang la bawang hangus tu ke belakang rumah, nasib baik tak kena hempuk dengan periuk panas tu, hahahaha.


Resipi Kari Ayam Sk

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam, potong 8 (Sk asingkan dua ketul untuk goreng)
1 biji bawang besar merah, mayang halus (boleh ganti dengan 4 ulas bawang merah)
1" halia dihiris
Rempah 4 sekawan (1 kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 4 kuntum bunga cengkih, 2 biji buah pelaga)
2 tangkai daun kari
3 tbs rempah kari (Sk guna cap O)
1/2 tbs serbuk cili
1 tsp serbuk kunyit
3 cawan air
30 ml santan kotak (Sk guna Kara)
7 tangkai cili api
2 biji kentang, potong 4
Minyak masak secukupnya 
(Eh.. baru teringat lupa letak asam keping, heheheh). Tapi sedap aje la kari Sk tadi, hahahaha.

Cara Memasak :

1. Panaskan minyak masak, tumis bawang, halia dan rempah empat sekawan hingga harum. Masukkan daun kari.

2. Masukkan rempah kari, serbuk cili, serbuk kunyit, 1 cawan air, kacau hingga terbit minyak. Tambahkan lagi secawan air, kacau sebati.

3. Campurkan santan dengan secawan air lagi, tuang dalam periuk, kacau dan biar mendidih.

4. Masukkan ayam dan kentang, tutup periuk (tidak rapat), biar ayam dan kentang empuk. 

5. Buka tutup periuk, masukkan cili padi. Tutup semula periuk, biar merenih seketika, kemudian tutup api. Anggaran masa memasak, 20 minit.



Ayam goreng dua ketul jer.



Kari Ayam dan Ayam Goreng. Makan awal ni nanti mesti cepat lapar ek. Kenalah cari goreng pisang ke, pengat pisang ke, kuih-muih ke, petang-petang karang, hehehe. Sekarang ni nak tidur dulu, huhuhu.
Tags

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!