NASI BERIANI PAK AKOB & PERTAMA KALI GUNA MYSARA

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


SEPERTI yang diniatkan, semalam, Sk belanja kawan Sk, Nasi Beriani Pak Akob, upah dia tolong tukarkan tayar kereta Sk yang pancit kena paku tu. Tu pun dia kata, alaaa.. benda kecik aje. Kecik la pada dia, tapi kalau nak harapkan kita buat sendiri, entah apa yang jadi. Tu takpa, Sk ni dok fikir manalah jack kereta Sk ni, lepas tu Sk tengok dia dok korek-korek bawah seat penumpang hadapan dan keluarkan jack dari situ. Ya Allah, dah 8 tahun pakai kereta ni, baru tahu jack dia kat situ, hahahah. Selama ni Sk ingatkan hilang. Patutlah kadang kalau ada barang jatuh, raba-raba bawah seat rasa macam ada besi, hahaha.




Sebelum ni pun dah dua kali dia belanja Sk, Nasi Beriani Pak Akob ni. Tu la Sk fikir-fikir, tentu dia suka makan NBPA. Ini harga NBPA bagi tahun 2025. Sebelum ini, Sk pernah jugak makan NBPA di kedainya, ada Sk ceritakan DI SINI.




Pesanan kepada mereka yang dah beli tapi nanti-nanti la nak makannya tu, lap penutup tipuware nasi untuk mengelakkan nasi basi. Ni bukan dah nak makan baru lap tau, dah beli tu, kalau lambat lagi nak makan, lap dulu siap-siap, sebaiknya guna tisu yang kering dan bersih.




Untuk Sk, mestilah ada juge, hehehe. Sk minta staf NBPA asingkan siap-siap dalam lain-lain plastik, la.. senang nak pas.




Terliur tengok ada boko ubi, beli dua la, sorang satu. Sk tak boleh la kalau orang tolong tu rasa bersalah kalau tak dibalas dengan makanan, hahahaha.




Penuh setipuware nasi beriani. Sk pun pilih lauk kambing jugaklah, tak aci pulak kalau TTK makan lauk ayam, hahaha. Selain tu diorang ada bagi dalca dalam bekas kecik tu dan yang atas tu pencuk atau acar jelatah.




Penuh.. habiskan jugak semampunya, duit tak senang cari ya tuan-puan. Gemuk pun tak apa laaa, hahahaha. Padahal, memang kuat makan dia tu. Macam biasa, NBPA memang sedap. Kambing pun sedap, lembut dan empuk dikunyah. Siapa datang JB minta cadangan kat mana nak makan nasi beriani sedap, memang disyorkanlah. Tak silap, Afzan dari Kuantan pun pernah makan kat sini.




Cerita hari ini pulak, lunch hour tadi Sk keluar nak beli deodorant, pewangi pakaian dan clorox spray. Tapi clorox spray tak jadi beli, beli dua tu jer la. Masa nak bayar adik tu tanya, nak bayar pakai apa? 


Sk - Haaa?

Cashier - Hehe.. nak bayar pakai apa, IC ke cash?

Sk - oh, barang ni boleh eh, rahmah? (Hahaha.. Sk sebut rahmah sebab nampak banyak tampal label Sumbangan Rahmah dekat rak-rak. Tapi dua barang Sk ambil ni tak perasan pulak ada Rahmah ke tidak.

Cashier - Eh, bolehhhh. Mintak IC.

Sk keluarkan IC dan hulur pada cashier. Dalam hati, ooo.. macam ni guna mysara, hahahah. Tak pernah guna ya, ni pertama kali.




Mahal betul la harga deodorant sekarang. Kita pilih yang murah sikit laaa. Sebelum ni pernah nampak kat thread ada yang share deodorant untuk hijabista ni. Tak menahan betullah, apa kena-mengena tah ketiak dengan orang bertudung. Nak kata guna kat kepala pun tidak, dah macam promo shampoo la pulak, hahahaha.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!