TOMYAM PUTIH VS IKAN SIAKAP SAMBAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT


KALAU tahun-tahun sebelum ni, hati gumbira setiap kali tiba hari khamis , sekarang ni, hati gumbira setiap kali tiba hari Jumaat. Macam selesai satu masaelah. Lagi bila dah petang tu, rasa lega sangat sebab dua hari lepas tu tak payah fikir pasal kerja, hihihi. Tak kisahlah esok kat rumah nak kena mengadap kain melambak ke, kena mop lantai ke, tak kisah.. hahahaha.



Sebelum ni, Sk ada cerita pasal Makan di Restoran Ghanim yang kami tapau ikan siakap tu, kan. Jadi, Sk cakap dengan PI, esok malam, kita makan nasi la. Nanti nak panaskan ikan siakap tu. PI pun setuju.


Ikan siakap masak sambal. Mereka kata, sambal tu ala-ala sambal Thai, tu la tu kami pilih masakan sambal. Ikan ni Sk panaskan atas dapur, tambah air sikit sebab sambalnya agak kering.


Sk keluarkan sotong dengan udang, kononnya nak masak tomyam. Sk ni kalau masak lauk asam pedas ke, Kari ke, lemak ke, sambal ke, biasanya boleh agak dah garam gulanya tanpa perlu merasa, tapi kalau tomyam Sk tak pandai nak agak. Hari tu Sk puasa jadi cadangnya lepas berbuka barulah masak tomyam.


PI cakap, nanti dia beli baby kailan. Sk pesan beli sebungkus aje, cukup. Ingatkan PI nak beli sayur mentah, rupa-rupanya dia pergi tapau sayur dekat kedai tomyam. Nasib baik Sk belum masak lagi tomyam, hehe. Terussss.. simpan balik la. 


Tomyam Seafood, isinya udang, sotong dan kupang. Sekarang PI suka sangat makan tomyam putih. Sedaplah tomyam ni. PI cakap beli dekat kedai yang kita pernah makan kat belakang tu. Sk pun tak ingat kedai mana.


Baby kailan sos tiram. Ni dia letak rencah ayam.


Sambal belacan pun sedap. PI nak goreng telur dadar, Sk kata tak payah sebab dah banyak lauk.


Ikan siakap pun dah siap panaskan. Tapi tapi tapi.. kurang sedaplah masakannya. Tak tahulah kurang sedap tu pasal dah panaskan semula ke. Ikan dia macam terlalu garing. Sambal dia pun tak rasa macam sambal Thai, rasa sambal tumis biasa. Sk cakap dengan PI, lain kali tak payah lagi la order ikan kalau makan kat Ghanim tu, dahlah lambat, hihihi. Ikan ni dia kelar-kelar macam potong tak putus tu, kan. Sk makan sepotong, PI makan sepotong. Lepas tu, tak makan dah, PI tak nak, dia sibuk makan tomyam tu la sedap sangat, haha. Ikan masuk balik esbox, hehehe. Lusanya tu, PI takde rumah malam (ada bola), Sk panaskan nasi, letak ikan ni atas nasi, panaskan sekali dalam satu periuk. Alhamdulillah, wassalammmm sudah. Sedap tak sedap, telan aje, jangan membazir.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kita kan..nak tidur semalam ntah kenapa tetiba keluar dari mulut kita kalau dapat makan tomyam seafood sedap gak ni kan..dah la hujan..sejuk...sedapnyaaaa...suami pandang kita jeling pelik je..hahahaha..rupanya pagi ni kita dihidangkan ngan tomyam putih seafood SK...huwaaaa...nak jugakkkk

    ReplyDelete
  2. Lama tak makan tom yam putih.. Sedapnya.. Jadi teringin lak..

    Kalau saya, makanan yang kurang sedap kat tekak, salu dah tak simpan sebab ujung ujung tak makan melainkan boleh olah lagi bagi sedap.. Haha..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!