MAKAN & MENGOPI DI NEEDS COFFEE

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


MERIAH dah kedai-kedai di Taman Pulai Mutiara 2. Kedai makan pun banyak, ada De Selera Pantai Timur yang Sk pernah cerita sebelum ini. Ada kedai ayam goreng Pak Sheikh dan nampak kedai ayam goreng Ahmad juga akan dibuka. Ada kedai nasi ayam gepuk dan baru ni nampak ada kopitiam besar juga akan dibuka. Kedai kopi pun ada dah buka, iaitu Needs Coffee. 




Balik dari makan Smoked Duck Pasta di Richdessert hari tu, PI ajak mengopi di sini. 




Sk baru tahu jugak Needs Coffee di Taman Pulai Mutiara 2 ni merupakan cawangan kedua. Cawangan pertama di Gelang Patah.




Murah jer Tiramisu di NC ni. Tengok saiznya besar jugak.




Pesanan perlu dibuat di kaunter dan terus bayar. Makanan dan minuman akan dihantar ke meja.




Mini Cinnamon Whirl (RM3.80) dan Burnt Cheesecake Slice (RM10.90).





Cheesecake kan, jarang la tak sedap. Pesan minuman segelas aje, yang tu Needs Latte (RM12.00), sedap.. betul-betul sedap latte tu, rasa kopi dia.




Hazelnut Lava Croissant (RM10.90)



Penuh juga intinya. Croissant sedap, hazelnut filling pun sedap.



Nampaknya sekarang tak main lagi dah mengeteh di Thoufeeq Bistro, hehehehe.



Ni kelmarin eh, pergi lagi Needs Coffee. Sk cakap dengan PI nak makan pasta, tu yang ke sini. Lagipun malam tu hujan, nak makan di tempat berbumbung dan tak nak pergi jauh-jauh. 




Honey Lemon Tea untuk PI, Sk minum Ice Kosong aje.  Sedap ya HLT tu, RM7.90 sahaja.




Cheese & Chicken Slice Croissant (RM10.90). Croissant kat sini sedap la, buttery.




Ni dah duduk baru teringat kat sini ada Banana Pudding.




Banana Pudding ni, pelanggan pesan baru dia ceduk masuk cup ni. Bukan dah siap dalam bekas, harga RM13. 



Spaghetti Beef Bolognese (RM12.90) pilihan PI.




Portion dia ngam seorang makan, ni kalau share memang tak cukup la, hahaha.




Ya Allah, baju sama PI pakai dengan masa datang hari tu, hahahah. Sk pernah sorok eh baju ni sebab PI suka pakai ulang-ulang. Dia ada dua helai baju Petronas, satu lagi pattern lain.




Aaa.. ni la Sk nak makan, Spaghetti Korean Fire Spicy. Patutlah pedas melahar, pedas berapi rupanya. Sk tak perasan ada perkataan fire spicy tu, hihi.




Ni, RM14.90 sahaja. Murah, kan. Ada tiga ketul isi Ayam potong dadu yang besar jugak. Siapa suka pedas boleh la makan ni Korean Spicy Fire ni, siap ada telur goreng lagi tu, bolehlah hilangkan pedas, hihihi.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!