Assalamualaikum WBT
KISAH hari sabtu dua minggu lepas. Hari tu sebenarnya PI ajak balik kampung angkat dia, tapi Sk malas nak melayan. Sk ajak jalan-jalan dalam JB jer la. Hari tu Sk tak nak masak, nak jalan-jalan dan makan-makan kat bandar. Jadi, dalam pukul 2 tu, kami pun nak keluar, tiba-tiba...
Kunci pintu grill sangkut ek, tak boleh buka. PI dia kalau jadi macam ni memang gelabah, Sk kekal tenang. Sk suruh PI telefon kitorang punya standby maintenance, hehehe. Sebelum tu, baru jugak beberapa hari sebelumnya dia datang betulkan tingkap. Maklumlah, rumah dah 20 tahun, macam-macam pulak pe'elnya. PI pun telefon, kebetulan dia tak ada job hari tu. PI tanya, kalau dia sampai macam mana, sebab pagar car porch pun kunci. Sk cakap, panjat la. Tup tup, pintu grill dah boleh buka, tapi kami proceed tukar terus jer kunci tu bimbang nanti terjadi lagi. Gedebak gedebuk, tunggu dia buka kunci lama, pergi kedai, beli kunci baru, pasang kat pintu grill, pukul 3 lebih baru siap.

Masa tu, perut bukan lagi dah berkeroncong, tapi dah nyanyi lagu rock kapak. Ni, kalau nak makan kat bandar, entah pukul berapa nak sampai. Tu takpa, entah ada lagi tak ke makanannya sebab memang tengah lapar nasi. Sk cadangkan kami makan kat
De Selera Pantai Timur yang Sk ceritakan
DI SINI. Cuma risau ada lagi ke tak lauknya sebab dia meniaga siang sampai pukul 4 jer, kemudian pukul 5 baru buka balik. Sekali sampai, eh, ada lagi lauk-pauk walaupun tak banyak tapi tak adalah koret-koret. PI tu ambil lauk hati lembu.
Total RM20 aje.. murah betul. Lepas makan, PI tanya nak pergi mana, Sk ajak balik jer la. Tengok dia pun masih bengang pasal kunci rosak tadi tu kan, melayang RM100. Tapi, PI ajak ke
Toppen pulak. Sk cakap, kalau jammed jangan marah, huhuhu.
Singgah kedai PI nak beli barang dia. Sk belek harga ikan dan seafood.
Nak masuk Toppen pun sama ek, bersusun kereta. Mulut Sk dah kumat kamit baca Allahumma bariklana...
Memang ajaib la.. sekali pusing terus dapat parking.
Sekejap jer jalan kat Toppen. PI nak beli stop watch tapi tak jumpa sebiji pun kedai jam kat situ. Jadinya, kami balik aje la. Malam tu, PI kerja buat liputan
Larian Johor International Marathon 2025.
Penutupnya, kami singgah di
This Mine Coffee di Batu 6. Cafe ni baharu sahaja dibuka, nak singgah tu asyik tak sesuai jer masanya.
Teringat dulu-dulu masa Sk masih sekolah, tapak This Mine Coffee ni ada perniagaan roti canai. Pernah jugaklah kena sidai masa nak beli roti canai kat situ, huhu.
Oh, masa kat Toppen tadi singgah kiosk Ikea beli karipap pujaan hati. Lama tak ke Ikea maknanya dah lama la tak beli karipapnya ni. Karipap Ikea tak pernah mengecewakan ya, gerenti bukan karipap oksigen. Minta izin dulu dengan staf TMC sebelum makan. Kot la tak boleh bawa masuk makanan luar, kan.
Tapi, kami tak mengopi, la. Sk minum Butter Beer, PI minum Pineapple Mint Cooler. Air Sk tu rootb, dia letak buttercream. PI kata, rasa mentega macam kek, hehehe.
Minum sambil makan seorang dua ketul karipap. Sk pesan makanan jugak, tapi tak sampai-sampai. Tak tahulah diorang lupa buat order ke apa, bila Sk tanya, baru dia pergi tengok kat kitchen. Lepas tu dia keluar bagitahu tengah buat. Sk terus mintak tapaukan aje.
Ni la yang lambat siap tu, namanya, Roti Luak. Inti dia tu macam seafood lepas tu macam ada telur sotong ke apa, tataw la. PI makan terus buat muka loya dia, hahaha. Sk makan jugak la habiskan, tu pun dua kali makan baru habis. Sebab besar ke, sebab tak kena dengan selera ke.. gitu laaa.
Air rutbir campur mentega macam pelik.
ReplyDeleteAda sos ke dalam roti itu? Nampak putih sahaja.
Mujurlah sorang gelabah, sorang tenang. Kalau dua-dua gelabah lagi haruuu. Bila jadi macam tu, hilang mood nak berhujung minggu. Boleh tahan sesak juga nak masuk Toppen tu. Eh eh, saya pun macam dah lama tak ke IKEA. Betul, karipap IKEA tu memang sedap. Kalau beli mesti dua bungkus buat stok. Rasa dia macam karipap Zus. Ke supplier yang sama tak tahulah.
ReplyDeleteRoti luak, kalau makan nak terluak ke camne. Macam Pak Inche' tu. hihi..Mujurlah boleh habiskan. Kalau tidak rugi juga kan. Tapi rupa dia menarik dan macam sedap.
Syukurlah terjadi waktu siang, kot memang tak boleh bukak pun orang maintenance masih boleh datang. Melayang sikit duit tapi hati lega insyaAllah tak jadi lagi gitu.
ReplyDeleteUnik jugak tu, makan roti tapi dalamnya isi seafood.